Sunday, December 25, 2011

tunduk yang cantek

tadi tengok-tengok fecbuk fotogeraper

ada yang menarik
gambar seoran gadis
puteh serlah
manis ja nampak

ada kelainan dalam gambar tu

peace
ada orang bila tengok kamera
senyum
seronok ambar dia nak di ambil
tangan tunjuk peace,dua jari

posing
ada orang bila tengok kamera
pegang pp
pegang pingang
senyum

kalau lawa nampak lawa la
kalau tak lawa ada gaya

tapi ada yang manis sejuk hati mata tengok
bila nampak kamera dia senyum
tapi tertunduk malu
tak langsung tunjukan rupa

saya nampak lawa orang itu

jarang bule jumpa

Monday, December 12, 2011

seminggu yang leteh

minggu lepas seminggu yang leteh

kerja dari rumah
jadi driver
ulang alik hospital tengah hari,petang

naseb baik bos ok
tak kesah saya kerja dari rumah
naseb baik jugak kawan US baik,tak push2

walaupun saya tak menunggu di hospital
saya tekejar-kejar berulang dua kali sehari
dalam masa sama saya bekerja
dengan vnc yang slow
penat rupanya

kak dah nak demam hari tu
batuk2
last2 saya pun nak demam semalam
pening yang amat

naseb baik bangun pagi ni dah kurang sikit pening
menderu merempit mai opis

senyum kawan lama

kawan lama saya
dari sekolah rendah lagi
Kanathas
kami satu sekolah dari sekolah rendah sampai menengah
baik orangnya,hensem,misai tebal
fasih bahasa melayu
kami pun rapat

lepas sekolah menegah
kami dah tak jumpa2
dia masuk UTM
habis utm kerja kat sp sat
lepas tu masuk cikgu

hari tu terserempak dengan dia
saya tengah berdiri
dia tengah drift keta pesona dia
sebelah dia tu wife dia kot
lama tak dengar khabar

saya tengok dia
ya Allah,kawan lama
tiba-tiba dia pun tekalih engok saya
hahahaha
masing-masing senyum

seyum dan teringat memori masing-masing
dari sekolah rendah sampai menengah
tima kaseh Kana
sebab hang toleh tgk aku

~sekian~

Sunday, December 11, 2011

11 Disember

Pada dua tahun yang lepas
Pada 2009
Pada hari jumaat

pada tarikh yang tersebut
sahabat seislam kita arwah Mohd Ariff Abdul Kadir,ibu dan bapanya,serta sahbat ariff yang juga jurugambar majlis nikah telah meninggal
akibat dari tayar kereta mereka pancit
terbabas langgar bas dari jalan bertentang

baru ja 3~4 jam bernikah
jodoh setakat tu ja
Pengantin perempuan tu nama Teh Afifah Shahirah
Penah sembang dengan kawan opis
nama shahirah jugak
rupa rupanya si teh afifah shahirah ni satu sekolah dengan kawan opis
cuma muda dua tahun
katanya orangnya lemah lembut

Sedikit latar belakang
Teh Afifah Shahirah
masa kejadian umurnya 23 tahun
Study kat New Zealand
ex ASMA alor star
Bapannya nama Abdul Hamid

Sedikit latar belakang
Mohd Ariff Abdul Kadir
Study kat UK
masa kejadian umurnya 23 tahun
Balik sini jadi Jurutera Pengajar kat UNIMAP perlis

Kejadian berlaku pukul 1.05 tgh hari lebeh kurang
Semua penumpang,pemandu kereta pengantin maut

Ada kesah menarik disebalik kejadian tersebut
cerita tentang keluarga dan jiran masing-masing pengantin lelaki dan perempuan

Pengantin lelaki
dok cari-cari berita pasal pengantin laki ni kat blog
terjumpa seorang bekas jiran kepada penagntin laki
tulis pasal kisah kemalangan ni
bekas jiran ni cerita
dia tekejut bila dengar cerita tu
terus bekejar p bekas taman lama dia dulu
sampai ja kat sana tengok jiran-jiran dah siap uruskan semua
segala-gala jiran urus kan
kata si bekas jiran ni
kat taman tu mmg semangat kejiranan kuat

jiran ni cerita kesah dia
dulu anak dia penah tekena cermin sliding door
bedarah,cermin pecah
jiran yang kalut-kalut nak hantar p hospital
balik dari hospital
tengok rumah dah siap jiran bersihkan
darah-darah jiran dah mop,
kaca-kaca sliding door dah jiran siap sapu semua
baik sungguh jiran-jiran


Pengantin perempuan
dulu ada dapat link blog kakak si teh afifah shahirah ni
cikgu mengajar di sabah rasanya
saya baca blog dia sampai habis
ada la kisah dia ceritakan pasal kejadian kemalangan tu
katanya teh afifah bisik kat telinga dia,rindukan arwah

yang menarik adalah
ada satu entry kakak teh afifah shahirah ni
ceritanya pasal ayah depa

betapa sayangnya ayah depa ni kat teh afifah dan kakak-kakak dia
setiap hari masa rehat kerja p ambik anak kat sekolah
mandikan,sikat kan rambut,dan suapkan makan sorang-sorang
macam anak burung
kagum sungguh saya dengar

saya sentiasa ingat kisah teh afifah shahirah ni
saya ingat bukan sangat sebab kesah sedeh kemalangan
tapi lebeh kepada kesah disebalik dari kemalangan tersebut
yang menarik selalunya bagi saya bukan tajuk utama
yang menarik selalunya kesah di sebalik kesah utama
sentiasa ingat

dan di bawah
saya sediakan link salur U
satu kesah berita kemalangan tu di TV3
kedua kesah kenduri yang di teruskan sebagai majlis tahlil

yang kedua menarik
nampak sangat sebab apa kawan opis cakap teh tu lemah lembut
ayahnya pun cakap lemah lembut
dan saya dapat lihat wajah tenang ayah yang penyayang suap anak anak makan macam anak burung,walaupun anak anak dah besar panjang

~sekian~

video satu,pasal berita

video dua,interview dengan ayah teh

Thursday, December 1, 2011

hati ku milik mu

terpaku, terdiam seribu bahasa, nafasku berenti bila melihat dirimu


tajuk lagu yang di nyanyikan oleh nera AF 9
sebnarnya x pernah dengar pun
tapi ada sekali ni termasuk blog kawan kawan
ada kawan buat background lagu ni

mula-mula dengar ingatkan orang indon punya lagu
rupa-rupanya lagu orang mesia
unik dan ber falsafah

untuk memahami lagu ini
maka perlulah si pemaham mendengar dan melihat
dengar lagu dan lihat video klip original
maka dari situ akan paham

antara bahagian lirik yang menarik adalah

Pernahkah engkau hargai cintaku yang sejati
Pernahkah engkau mengertikan diriku ini
Betapa hebatnya cintamu, memberiku sejuta pilu
Betapa agungnya asmaramu, membuatku terpaku


Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan ku cinta padamu

Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Ku sayang padamu


terpaku, terdiam seribu bahasa, nafasku berenti bila melihat dirimu

dan sebenarnya kisahnya adalah
lagu ini mengisahkan si patung yang menyanyangi tuan si patung tersebut
dan si tuan patung tersebut adalah seorang pereka fesyen
yang selalu menghiasi memakaikan patung tersebut dengan pakain yang cantek-cantek

dan walaupun si pecinta tersebut hanyalah patung
tapi ujud juga perasaan cinta dalam diri patung
terhadap tuannya yang selalu membelainya dengan penuh kaseh sayang

tertanya tanya
teratanya tanya si patung
adakah tuannya itu juga mearasakan perasaan sayang yang sama

namun apakan daya
patung tersebut hanya terpaku,terdiam seribu bahasa

bila mendengar dan melihat video klip lagu ni
teringat cerita A.I yang mengisahkan kaseh si anak robot kepada ibu manusia
bezanya lagu ini mengisahkan patung yang tiada kepintaran buatan
tapi maseh boleh merasakan sayang dan melahirkan rasa cinta

dan jika di lihat sebaliknya
antara tuan patung dan patung
mungkin jugalah si tuan patung itu yang bersifat patung
si tuan patung memberi kaseh sayang
tapi tidak pula merasa balasan kaseh sayang patung terhadapnya

sungguh tak sangka lagu ni sungguh mendalam maksudnya
jadi sila lah lihat original video klip lagu ni dan hayati dengan betul-betul

kesian patung tak boleh mengucapkan sayang

~sekian~

Saturday, November 26, 2011

hati-hati

hati-hati
buang satu hati
tinggal hati

tapi bukan hati
jantung
tapi ada orang kata jantung hati ku
sekali dua-dua dia gabung

mesin ECG
macam jugak ocilosscope
nak ambik bacaan kena ada tektik

rokok
mesin ECG bule kesan dulu orang tu isap rokok ka dak
walaupun dah tinggai 30 tahun
hoho
jangan la isap rokok
baik lagi minum milo ais

jantung yang baik
baik la badan

marilah besukan
kurangkan berat badan
kurangkan makanan berminyak

~satu hari nnt saya nak beli rekek baru~

Pelangi Petang

Hari Khamis hari tu ada pelangi petang
setelah hujan turun mengerimis

Pelangi lawa,sebab ada kaler macam-macam
Sudirman ada buat lagu pasal pelangi petang

Kesah di sebalik pelangi petang
saya kena balik sp
ada kecemasan
maka menderu lah saya dan KAR terchenta

alhamdulillah tak apa2
biasa la

kesah di sebalik pelangi petang
sebenarnya ada terdetik ada kecemasan
tak semena-mena saya telepon tengah hari tu
selalunya tepon bagi tau esok balik ka x ja

Pelangi lawa dan cantek

Tahun Baru

Dan Bermulalah tahun 1433 yang baru
Yang terdahulu darinya tahun 1432

terkedu
macam2 orang tulis pasal tahun baru
ada yang kata tak elok
ada yang kata elok-elok
dan elok lah kita tak ulang kata yang tak elok
kerana kata-kata itu doa

dan lagi
bermulalah hidup suami dan isteri
bagi yang telah bernikah
mulanya tahun baru muharam sebagai suami isteri
tahniah kepada yanti dan ferdous
semoga bahgia ke anak cucu

bandar bharu
asalnya nama bandar bharu alkesah di sebaliknya
daerah ni di serahkan kat perak,sebagai balasan
sebagai balasan perak membina jalan dari baling ke grik
di sebabkan daerah yang baru diterima,dinamakan bandar bharu
tapi dah di masukan balik dalam peta kedah

al kesah
harap-harap minggu depan buleh masuk balik projek lama
projek baru pakai hantam saja
x dak orang nak buleh mintak tolong
bila DE "tanya you understand me?"
cepat2 jawab "yes,ok"

al kesah
minggu depan jugak nak tukaq span absorber baru
katanya yang sedia ada x elok
kena tukaq

al kesah
10 muharam hari asyura
moh la kita posa
saya sangat suka bubur asyura

dan semoga yang baru datang mengembirakan kita
dan semoga yang baru datang memberikan faedah kepada kita

antara baru dan lama
antara baru dan lama,kadang-kadang yang baru dirai yang lama dilupai
antara baru dan lama,kadang-kadang yang lama selalu sangat di ingat walaupun ada yang baru

baru tahun ini 1433

salam maal hijrah

Monday, November 21, 2011

seringgit

satu ringgit malaysia

satu ringgit malaysia mempunyai kesan yang amat mendalam terhadap saya

setelah berkerja
tiap2 kali raya haji dan korban
mustilah menyediakan duit seringgit
buat budak2
duit seringgit ni mustilah di masukan dalam bajet tahunan
kesian kan budak2
penah tepikir2 bajet x dak,x mau bagi duit raya
tapi tak buleh tdoq,kena bagi jugak,cari la jimat kot mana lain pulak
seronok depa dapat duit raya seringgit

setelah bekerja
seringgit dan tabung
selalu masukan seringgit kat tabung semejid
dan setelah bekerja
saya bagi duit kat anak menakan
didik depa masukan duit dalam tabung
sorang serinngit

bulat dan empat segi
dulu-dulu
ada duit seringgit syiling
sekarang duit seringgit jadi asal balik
kertas 4 segi

bulat dan empat segi
saya selalu terkenang bulat
arwah tok wa bedah selalu bagi
walaupun semekin,masak guna kayu api
tapi tiap2 kali anak cucu balik
bagi jugak sorang seringgit
walaupun susah tak sayang duit bagi kat anak cucu

seringgit dua kupang
ada lagu tajuk tu
tak ingat sapa nyanyi

~sekian~

dahulu yang terkemudian

dahulu yang terkemudian

pernyataan dia atas dalah berkenaan sesuatu hal yang dahulu
tapi malang nya hal itu terkemudian

di tengah-tengah antara dahulu dan terkemudian
ada yang menyelit
ada yang tak di sangka

mendahulukan yang dahulu
menterkemudian kan yang kemudian

penting untuk mendahulukan yang datang dahulu sebelum yang dahulu manjedi terkemedian

sebab
antara dahulu dan kemudian kita tak buleh jangka apa yang terjadi

~saya buat dulu~

Wednesday, November 2, 2011

tak dapat tangkap

hari tu baca blog kawan kepada kawan kat fecbuk
tertarik tengok page fecbuk dia
askar pangkat kapten,dan perempuan pulak tu,huhu
hebat....

satu entri ni dia sudah kan dengan lagu pokok,hazama feet meet uncle hussien

katanya mendalam maksud nya,saya dapat tangkap sikit ja yang lain x dapat tangkap
apa yang dia kata maksud mendalam lirik lagu tu

maseh coba mendengar berulang berulang kali dan cuba tangkap

Tuesday, October 11, 2011

apa nak buat

apa nak buat?

tak dak idea
ada satu ja cara terlintas di kepala
pikir2
baiklah buat usaha tu
harapnya berhasil
tinggi sangat harapan

hasilnya macam mana nnt tak kesah la
dah usaha sehabis mungkin

bukan tak kesah tak kesah tu
tak kesah tak kesah ni

kadang-kadang kita tak tau apa nak buat
teduduk tediam
bumi rasa goyang-goyang
kosong sat otak 5 minit

masa teduduk terdiam
ada datang ilham
baiklah saya usaha cara ni

berhasil ka?
berbaloi ka?

x pa la,saya usaha

Monday, October 10, 2011

kita dan hutang

sapa-sapa yang ambik ptptn
habeh study ja ada hutang
huhuhu
hutang saya tinggai 26k lagi
adoi

al kesah telepon rumah kat sp rosak
jadi hujung minggu hari tu
saya p tm point kata moden
pejabat talikom,kat orang tua2

ada kesah menarik yang berlaku

saya beratur kat kaunter pertanyaan
nak tanya kat mana nak tukaq tepon
depan saya uncle chinese
depan uncle tu brader melayu sorang

bradder melayu ni mintak kak kaunter ni check bill dia
"eh encik,ni bill lama ni encik?"
"ha tu la saya,tolong check tengok saya bayaq dak lagi"
"dah settle semua bill ni encik"
"ooo ya ka"

dalam hati saya mungkin bill 2 3 bulan lepas kot
dia tak perasaan
tiba-tiba si akak kaunter tu tanya
"mana encik dapat bill ni,lama ni tahun 2001"
tu dia.....
bill 2001 dia suruh mintak tolong check,huhuhu

ada dua pendapat popular dalam kes ni

pendapat pertama
orang akan gelak
pikir,betul ka mamat ni
bill 2001 dah 10 tahun

pendapat saya,pendapat kedua
kagum
saya sangat kagum dengan hamba Allah ni
dia takut dengan hutang dia
walaupun dah 10 tahun

kita dan hutang
hutang memang keliling pingang
nak hidup

tapi paling saya pantang
orang mintak hutang denagn kita
kita bagi la
tapi dia mintak hutang tu untuk kesenagan dia
bukan kecemasan pun
dan kemudian
amat liat lah nak bayar
kita ni pulak yang heran

kalau boleh elakan hutang
kecuali benda yang betul2 perlu
kalau nak berhutang
mesti lah ada keupayaan nak bayaq
kalau dak nnt,kita susah,orang yang kita berutang pun susah

bai-bai hutang

Friday, October 7, 2011

saya dan cikgu

saya dan cikgu sekolah rendah
sangat rapat

cikgu macam kawan
jumpa mana-mana pun bule tegur sapa macam kawan

Arwah Cikgu Awang
cikgu ni ajar bola
huhu
memang kerja dia ajar bola ja
dan dia boleh cam budak sekolah brahim
satu hari saya p gunting rambut,kedai pak ngah
kebetulan arwah ada situ
"cikgu" saya tegur
"ha,hang main bola dak lagi"
hahahaha,saya senyum
padahal saya tak main sangat pun sukan bola ni,kaki bangku lipat
tapi saya jawap jugak la
"dak dah cikgu" sambel krenyeh

Ustaz Ramli
haaa,ni antara cikgu yang anti saya
tak tau la pasai pa
mengkala zulhafiz ka,cukup tak suka
ada 2 insiden yang nampak sangat dia tak suka saya

insiden satu
sekolah buat pameran
persatuan agama join
ada poster-poster tulis jawi
alkesah nya kena la ada 3 4 orang dok situ yang reti jawi
kot2 ada cina ka india ka yang tanya tulisan jawi tu
kawan-kawan saya yang dok jaga tu pun
tiba-tiba tak cukup orang
jadi ustaz ramli suruh cari orang yang buleh baca jawi
kawan-kawan rekemen saya
hahahaha
ustaz ramli dengar zulhafiz,teruih x mau
pelik la saya,awat la dia anti sangat

inseden dua
yang ni memang soheh2 nampak sangat
saya masuk pemilihan kuiz agama

yang handle ni ustazah norshiah
ustazah norshiah ni kontra dgn ustaz ramli
ustazah norshiah ni baik dengan saya
jadi ustazah pun buat la pemilahan
bagi soalan tu,soalan ni
antara masuk pemilihan tu saya amir hazrul zaki kalau tak silap denagn avi
nak pakai dalam 3 orang kot
jadi sorang akan tak terpilih

al kisah saya antara terpilih
nak jadi cerita,avi si kawan saya ni tak puas hati,siap nangis2
saya rasa,mungkin ada campur tangan ustaz ramli kot
ada second pemilihan pulak

nak jadi cerita jugak
avi sekali lagi tak dapat
jadi ustazah bagi la buku-buku yang patut di baca
saya ambik la buku tu nak aca untuk pertandingan nnt

esoknya,ustazah jumpa kat saya
"zulhafiz,ustazah mintak maaf la,ustaz ramli kata kuiz tu nak dekat dah,dia kata bagi kat avi masuk,sebab dia dok besa dah tahun lepas"
saya pon dengan baik lemah lembut,habaq la kat ustazah
"ya2 x pa ustazah,saya paham" sebab saya hormat ustazah
buku nak baca tu,saya bawak kemana2,nak baca untuk kuiz nnt
masa ustazah bagi tau pun,buku tu saya pegang,saya pulang la kat ustazah

sampai hati ustaz ramli,kecik sangat2 hati saya
nampak sangat dia berat sebelah
saya yang terpilih dua kali
boleh dia guna kuasa veto singkir saya

cikgu yusop
huhu sempoi
masa habeh UPSR,selalu ikut cikgu ni jalan-jalan
nampak ja dia stat kreta
"cikgu nak p mana?,nak ikut?"
hahaha,senang-senang mcm tu ja nak keluar sekolah
ikut cikgu
sempoi memang sempoi
tapi rock
ada sekali kami kena tinggai dengan cikgu yusop
dia bawak p pameran kat sekolah khir johari
sebab p dengan dia
jadi balik pun kami tunggu dia la
tunggu punya tunggu
tak mai-mai pun
last-last jumpa cikgu mat rahman
"hampa mai dengan sapa?"
"mai dengan cikgu yusop,kami dok tunggu dia tak mai2 pun"
"cikgu yusop balik dah aih,"
hahahaha selamba ja tinggai kami
cikgu mat yang bawak balik
belanja roti canai sebelum balik
cerita anak dia balik US gaji 2500,tu 18 tahun dulu,huhu

cikgu zubir dan cikgu nordin
ni satu lagi cikgu yang baik dengan saya
cikgu pengakap
cikgu zubir,cikgu yusop,cikgu nordin,
selalunya yang baik dgn saya ni cikgu pengakap ja
huhu
kami buleh besembang macam kawan
sampai tau cikgu zubir ni dulu nak kawen dgn sapa
hihi
cikgu nordin ni kalau panjang umuq jumpa saya nak tegur suruh berenti rokok
dulu-dulu masa darjah 5 saya la kuli ambik rokok dalam kreta dia
dia siap kata "tahun depan aku nak berenti rokok"
seingat saya,jumpa dia hari tu dok isap rokok lagi

sekolah renadah saya Sekolah Rendah Ibrahim
sekolah laki semua
jadi kasaq la
kami dengan cikgu setakat kena tumbuk,penampar,rotan,kena cabul hahahaha
perkara besa semua tu

tiup rekorder
rekorder main masa kelas muzik tu
huhu
bulan posa
ketua kelas kata tiup rekorder batal posa
jadi jangan p
nnt kita batal posa
hahahaha,ketua kelas tu
kecik-kecik dah pandai memberontak
last2 cikgu mat rahman mai
sorang-sorang kena tibai

kena hentak kepala
saya la
kena hentak kepala kat papan hitam
masa darjah 3
cikgu tu ada darah tinggi ingat saya
mungkin ada masalah lain sama kot
ada ka budak darjah 3 p hentam kepala kat paapan hitam
naseb baik "kepala saya batu atas juga ada"
cerita nya kelas tu bahagi tempat duduk ikut kumpulan
kumpulan ni pulak letak sapa yang pandai matematik
saya kumpulan ke dua kot
cikgu tulis soalan kat depan
ha p buat setiap kumpulan
sampai turn saya kira lambat
"ada jugak kumpulan ni kira lambat...." cikgu kata
pegang rambut saya,hentuk kepala kat papan hitam
banyak kali jugak kot
huhu
sebenarnya saya tak rasa apa pun
cuma yang saya taunya bila dengar kawan saya cerita
"kami masa hang kena hentuk tu,kami ketaq lutut gila"
pikir2 balik ya kot,kena henatk kepala kat papan hitam tu

bukit bendera
hihihi syiok trip sekolah rendah ni
trip len tak bes
p rombongan pengakap
syiok....
tidoq kat rumah banglo atas bukit bendera
ada dua rumah banglo,satu woodsite,satu hill site
woodsite besaq,dua tingkat
hill side comey ja,atas bukit sikit,view cantek...
asalnya hill side tu untuk cikgu ja
tapi woodsite dah penuh
kami habaq kat cikgu yusop
"tak pa,mai tidoq dengan cikgu kat ataih"
hahaha
cikgu yusop memang baik
sekali cikgu ghani garang cengge tanya
"hampa nak p mana ni?"
"kami nak p tidoq rumah ataih"
"haih,rumah tas tu unutk cikgu saja"
dalam hati kata "awat pulak,semua bayaq,bukan cikgu bayaq lebih pun"
p la kami mengadu kat cikgu yusop
huhu,sebab cikgu yusop lagi senior dari cikgu ghani
jadi terpaksa la cikgu ghani mengalah
hahahaha padan muka
hill side mmg best
view lawa
pagi2 buleh nampak orang tutup lampu dari dua arah
dari pulau dan dari seberang,
betembung di tengah2 jambatan


sekolah rendah dulu memang gila-gila
siap boleh mandi ramai2 kat depan sekolah dengan air paip
terjun tingkat dua sekolah
kena rotan 40 kali satu-satu masa
main dalam surau sebab nak ponteng kelas koko cikgu siti hajar,hihi
skodeng cikgu pompuan muda-muda,hahahaha bukan saya la
ponteng kelas muzik sebab kata tiup rekorder batal posa

walaupun kena tumbuk,kena rotan,kena sepak,kena cabul,hahahaha
kami dak pulak benci cikgu
cikgu bagi kami tu kawan kami
kami sayang pulak tu cikgu

rasanya tu la beza cikgu dulu dengan sekarang
cikgu dulu mengajar sungguh2
ikhlas hati
gaji pun kecik
sebab tu kami dapat rasa ikhlas cikgu-cikgu kami
sebab kami ada pertalian yang rapat dengan cikgu
cikgu mengajar kami
dan cikgu sayang kami
jadi patut la kami tak kesah kena penumbuk cikgu

saya rindu kat cikgu-cikgu saya
apa la kabar semuanya
terima kaseh cikgu.............

badminton dan wushu

badminton dan wushu

ada satu persamaan
lembut.....

bagi saya
badminton bukan satu permainan yang perlukan otot sangat

badminton perlukan teknik
main badminton lembut macam perempuan bergerak

tak perlu kerah keringat sangat
gunakan teknik betul
dan bola akan p laju-laju
huhu

main apa-apa pun teknik tu penting
kalau tak cepat penat dan kadang-kadang bule injured

hasil

lembaga hasil dalam negeri
kutip cukai
kawan saya yang kerja sini kaya2.....

hasil
dahulu sebelum hasil ialah usaha

ada usaha yang dapat hasil
ada usaha yang tak dapat hasil
ada usaha yang dapat jugak hasil,tapi sikit sangat,tak berbaloi

masa usaha
masa kita usaha,kita pun tak tentu dapat hasil ka dak
tapi kita usaha jugak la sungguh2,untung2 berhasil

dalam usaha ada harapan
tinggi harapan kalau dapat hasil seronok
tinggi harapan kalau tak dapat hasil kecewa sangat2

usaha harap dan hasil
kalau berusaha dan mengharapkan hasil
hasil yang macam mana kita takrifkan hasil?
kalau yang tak berhasil tu bagi kita hasil,kita seronok kan?
hahahaha tebalik qot

bagi saya
hasil tu bukanya apa yang kita harap
hasil tu sebenarnya setakat mana rezeki kita yang tertulis
usaha tetap kena usaha,tapi harap jgn lebeh2

Thursday, October 6, 2011

Tidak bercakap benar

Tipu

Apa itu takrif tipu
Bagi saya
Tipu tu cakap pernyataan A tapi perbuatan B
Ataupun cakap pernyataan A dan perbuatan A tapi tak lama lepas tu perbuatan B
Tipu berkait rapat dengan perbuatan
Pernyataan /= Perbuatan

Antara pembulehubah utama tipu adalah masa
Tipu=perbuatan*masa
Mungkin hari ni kita maseh lagi tak termasuk kategori tipu
Sebab kita pernyataan dan perbuatan kita maseh sama
Tapi mungkin semakin masa berlalu,pada satu masa yang sampai masanya, perbuatan kita sudah tak sama dengan pernyataan kita yang asal
Maka jadi lah itu namanya tipu

Jalan selamat untuk tidak termasuk dalam kategori tipu adalah
Menghilangkan satu pembuleh ubah
Iaitu pernyataan
Pernnyataan /= Perbuatan
Kita buang pernyataan
Jadi tinggal Perbuatan
Tak perlu cakapa banyak
Cuma beri komitmen dengan perbuatan
Selamat sebab kita tak terikat dengan pembuleh ubah pernyataan

Kita tak kata apa-apa,tak janji apa-apa
Yang ada cuma perbuatan
Sedar atau dak kita menipu
Kata-kata dan pernyataan kita adalah tangungjawap kita
Pegang betul-betul apa yang kita kata
Sebab itu kita perlu berfikir sebelum berkata
Jangan ikut perasaan keluarkan kata-kata ikut perasaan

Ada orang pentingkan pernyataan
Ada orang pentingkan perbuatan
Kalau tak cakap pun dia tak kesah,tapi dia menilai dari perbuatan
Sebab tu kadang-kadang dia pening,perbuatannya lain,kata-kata dan pernnyaatanya lain
Bila di tanya sebab apa buat begitu kepada si fulan,si fulan jawap “kan saya dah cakap……”
Si fulan berpegang pada kata-kata dan pernyataannya,tak kira lah perbuatannya tak sama dengan pernyataan
Si fenin menilai dari perbuatan

Tipu
Tipu sebetul-betulnya ada dua pembuleh ubah penting yang tersembunyi
Berharap dan percaya
Seseorang itu tak kesah dia kena tipu kalau dia tak berharap dan percaya
Tapi kalau dia harap dan percaya kepada pernyataan terdahulu yang di keluarkan dari mulut seseorang
Dia akan sangat kecewa kalau dia kena tipu

menan

maianan=menan

kecik2 dulu selalu beli menan
menan askar la
patung askar

paling best bila anak-anak menakan balik
bukak kotak menan lama-lama
nampak menan,ingat nostalgia kecik2

dalam banyak-banyak menan
ada dua menan yang hilang

satu
bot menan
pakai moto kecik tu
tapi x dak controler
besa la murah
unutk main dalam besen ja
saya p letak kat air laut pantai
menderu laju bot tu p
hilang sayup2

dua
patung G I Joe
yang ingat askar tu bawak mesingan
hilang masa hantar orang p haji kat kepala batas alor star

antara satu dan dua
dua lagi istimewa
sampai terbawak dalam mimpi
saya mimpi saya pegang dah patung tu
jaga
tapi tengok dalam gengaman tangan x dak apa2
aduh kecewanya

sebelum dari hilang ialah ada
selepas dari hilang kalau naseb baik jumpa
sebelum dari ada apa?

sebelum dari ada ialah angan-angan untuk memiliki

"u better wish u die early"

tu la ungkapan yang saya dengar
ceritanya perbincangan kat astro awani
pasal bajet nak datang ni
dia cerita berapa patutnya pendapatan isi rumah yang patut di KL
katanya 8000
"kalau kurang dari tu macam mana?" tanya si pengerusi majlis
yang si ahli panel cakap
"u better wish u die early"

tekejut saya dengar

mati
adalah selangkah ke alam akhirat
kat sana nnt la kekal abadi
tapi,jangan la kerana ada masalah kita mengharap kita mati awal

saya pernah
saya pernah bangun pagi2
terus terlintas dalam hati ni
"buat apa lagi la aku hidup"

dulu
itu dulu
tapi bila fikir secara matang
iyalah,masa tu masalah bertimpa2
kadang2 saya tengah buat kerja pun keluar ayer mata

"ada jugak orang sayang aku"
hihi
masa ada orang sayang
rasa hati ada isi
nak rasa hidup lama2,nak rasa nikmat kaseh sayang

tak semua kita dapat
selalunya saya tak dapat
betul ka?
sudah banyak sangat nikmat yang kita dapat
cuma kita tak rasa besyukur
sebab terlalu banyak

cinta
saya bukan la seorang yang romantik
tak reti cintan cintun
saya beri komitmen seadanya yang saya mampu
tak reti cakap "saya sayang.... awak sangat"
saya menunjuk sayang,semampunya saya

saya takut mengucap sayang
bagi saya kata-kata tu tak buleh di tarik balik
akan kekal kata2 tu

saya mengucap sayang pada isteri saya insyallah

saya sentiasa ingat kata-kata orang yang sayang saya

tergiang-ngiang d telinga capang ni

saya pegang sungguh-sungguh kata tu

tak semua kita dapat
tak mudah hidup ni
kecewa teman setia

apa-apa pun
syukur dengan apa yang ada
besabar menghadapi dugaan

walaupun betimpa-timpa datang dugaan
saya tak "wish saya die early"
sudah terbiasa dengan dugaan itu ini
setiap kali datang dugaan,dalam kepala otak dok tunggu,apa lagi lepas ni

kepada makhluk-makhluk tuhan
jangan la mengutuk-ngutuk saya
saya pun ada perasaan

terima kaseh kawan-kawan

Tuesday, October 4, 2011

sangka buruk

orang kata jangan sangka buruk
untung pun tak
baik lagi sangka baik

sabtu lepas sebelum masuk kerja ada satu peristiwa

al kisah di taman kuchai kulim kedah
pagi2 ramai makcik2 pakcik2 sini joging
pagi sabtu tu nampak pakcik sorang ni
dulu nampak dok pakai ketayap ja
la ni dok joging nampak pakai baju fit
dalam hati,eih,pakcik ni rock jugak
lalu lepas balik beli nasi goreng tak tengur pun dia

nak jadi cerita
lepas makan nak potong rumput sikit
tarik punya tarik mesin rumput
tak hidup2
kroseh tu,kroseh ni
tak hidup jugak

jeng2
tiba-tiba
pakcik yang tadi sy dok kutuk dalam hati mai
"ai,tak hidup ka?,mai nak tengok"

haaaa,padan muka
orang yang kita dok kutuk dalam hati tu la yang mai tolong kita

Monday, October 3, 2011

ekseden,risau dan brader hospital baik

saya dah balik tebiat dulu2
susah hati saya akan menulis
tapi sebab kat web saya menaip

rasanya kalau menulis lagi ada feeling
tangan bergerak2
nampak tulisan
buleh bau dakwat
buleh pegang tulisan tu

eksiden
dulu kawan saya eksiden
saya tak tau pun
yang saya ingat katanya nak pegi kenduri kat melaka
senyap ja ni,sy pun sms tanya kat mana,call pun tak angkat

risau
apa jadi ni,
bukak fecbuk,tengok kawan dia ada post komen cakap ekseden
bederau darah
paling tak tahan tengok ayat "trauma"
terbayang dok unit trauma kat hospital,
ya ALLAH,apa nak buat ni,kat sapa nak ngadu
kebetulan mak ada kat dapur
p kat mak,becucur dah ayer mata
"mak,farahana ekseden,trauma katanya"
dalam hati dah ingat nak drive malam tu jugak p
tapi kat mana?
hospital di melaka ka johor
entah2 bawak balik kelantan
sebab dalam otak terbayang teruk keadaan

brader hospital baik
terpikir,rasanya kalau ekseden mesti masuk unit kecemasan
cari segala nombor telefon hospital johor,peliknya masa tu tak teringat pulak hospital melaka
telefon situ telefon sini
tanya ada tak nama sekian2 masuk unit kecemasan
eksedenya petang tadi
semua jawab tak,sudah.....
mana ni
dalam banyak2 hospital ada satu brader hospital mana tah tak ingat
baik yang amat
"abang,saya cari nama ni tak jumpa pun,tak pa,abang bagi no telefon nnt saya call balik"
owh terharunya,2 minit lepas tu dia telefon
"memang tak dak la bang,saya check dua kali dah"

lega
lega bila tanya kawan kepada kawan
katanya x dak apa2,cuma trauma
bukan trauma cedera parah,trauma macam blur
malam tu dapat telefon tanya kabar
alhamdulillah tak apa-apa

tak sangka
bila dah terlampau ambik berat
kita sanggup buat macam-macam
siap nak drive malam tu p tengok
becucur ayer mata
telefon semua hospital

betul-betul tak sangka,tapi salah sangka
tak dak nilai

beza dari biasa

beza dari biasa
selalunya saya kena tanya
"sayang saya tak?"

dalam hati
berapa kali nak jawab da....
"ya2,sayang....."

"terima kaseh... hihihi"
gelak pulak....

semalam saya yang tanya
"sekarang dah tak sayang saya?"

"ya"
saya tak gelak
dalam hati patut la lain macam

persamaan bagi kedua-dua soalan di atas adalah
kedua-duanya memberi jawapan yang positif relatif kepada soalan
cuma,kesan soalan itu adalah
soalan yang pertama membuatkan si penanya soalan suka sangat2
soalan yang kedua membuatkan si penanya hancur luluh hatinya

zas.... ada lintasan masa tulis blog nampak baris dan ayat ini pernah berulang

saya tak buleh tidoq
pikir dan pikir
tak apa lah
saya akan tetap menegur itu ini,walaupun saya tau orang tak suka kot
saya dah terbiasa

betimpa-timpa kalau datang masalah
sabar......

Thursday, September 29, 2011

buku catit dan blog

dulu dulu
masasekolah rendah dan menengah saya ada satu buku catitan
rasanya ada lagi kot buku tu

tempat saya luahkan perasaan
saya ni agak keseoranagan
kakak2 jauh beza umur,semua dok asrama

abang pulak tidak lah rapit dgn saya
jadi saya selalu luahkan perasaan kat buku catit

sepenuh hati dan perasaan saya menulis
susah hati saya ambik baca balik
saya ada hubungan yang kuat dengan penulisan saya tu
bila baca balik terawang-awangan layan perasaaan

la ni ada blog
saya tulis blog dengan penuh perasaan
saya suka baca balik bila susah hati
sebab tulisan yang saya tulis di blog saya tulis dengan penuh perasaan
ada pertalian yang kukuh antara saya dan blog

menulis dan membaca
satu anugerah,
mulianya tugas guru
ajar anak bangsa menulis dan membaca

saya menulis untuk luahkan perasaan
sebab saya tak ada teman yang betul-betul rapat untuk saya kongsi semua

saya bersahabat dengan tulisan dan buku

~sekian~

Saturday, September 10, 2011

nampak nilai harga dan terima

terima nampak nilai dan harga

terima
kita ada sebuah motosikal
orang lain ada kereta
tak apa la
rezeki masing-masing
dulu sebelum beli moto tu banyak lagi moto di pasaran yang hebat-hebat
tapi moto tu jugak di pilih
ada sedikit sebanyak kekurangan
ada jugak kelebihan
tapi kita terima moto tu seadanya

nampak
moto tu cukup berjasa
pergi sekolah
pergi kuliah universiti
pergi temuduga cari kerja
pergi balik tempat kerja cari rezeki
nampak berjasa kan
moto pun makluk tuhan

nilai
cukup bernilai
moto itu la satu-satunya pengankutan
kalau di biarkan tengah panas x sampai hati
kalau di biarkan tengah hujan pun tak sampai hati
kalau hujan pun kawan ajak balik dengan kereta,saya tolak
sebab saya tak mau tinggalkan moto saya di pejabat
kesian dia

harga
cukup beharga
walaupun kalau ikut pasaran tak mahal
tapi kalau orang mintak beli mesti tak mau jual
sebab harga sayang saya kepada moto mustahil orang mampu bayar

tak nampak selepas nampak
ada setengah orang
bila ada kereta dah tak nampak moto
"moto tu mana ada bumbung,leceh la moto tu"
dah tak terima moto tu seadanya
tak nampak dan kelebihan,nampak kekurangan saja

tak ada nilai setelah bernilai
selepas ada kereta,moto dah tak bernilai
di biar tengah panas
di biar tengah hujan
moto tu bukan lagi pengankutan utama
maklumlah dah ada kereta,lebih selesa
moto tu mungkin dah jadi macam besi buruk

tak berharga sesdudah berharga
dah sampai masa
bila ada yang lebeh elok
moto yang dulu sangat berharga,amat rendah harganya
sebab sudah tak ada kaseh sayang pada moto tu
kaseh sayang lebeh kepada kereta
dalam otak dah bercadang nak jual
dapat 1000 pun jadi la
hilang kaseh sayang kepada moto jadi moto dah jadi hanya besi buruk
di nilai harga berdasarkan besi,bukan kaseh sayang

tak terima setelah diterima
tak boleh dah pergi kerja naik moto
kena naik kereta
merungut-rungut moto tu semput
panas
hujan
dah tak boleh terima naik moto
kereta kan selesa

siapa nampak siapa
siapa yang ada nilai kepada siapa
siapa yang ada harga
siapa yang terima siapa

jaga-jaga
moto pun makhluk tuhan
ada hati dan perasaan

sebenarnya moto tu dah lama tak nampak kamu
sebab kamu dah abaikan moto tu selepas kamu ada kereta

sebetulnya kamu dah tak bernilai kepada moto tu
sebab kamu dah jadi bukan tuan yang baik

sepatutnya kamu sudah tidak ada harga
sebab kamu tak meghargai moto yang banyak berjasa kepada kamu

sebetulnya
moto tu dah terlebih dahulu tak terima kamu sebagai tuannya sebelum kamu tak terima moto kekurangan moto tu

nampak nilai harga dan terima
semuanya berkenaan kaseh sayang
ada kaseh sayang benda tu cukup beharga,bernilai kita nampak jasa benda tu dan jugak kita terima benda tu seadanya

ada kaseh sayang,tapi dah pudar
sebab ada benda yang lebeh elok dan selesa

hilang la kata-kata
"saya sayang.... sangat2 moto saya ni"

kaseh sayang tu satu ikatan yang amat kukuh
kalau orang tanya kita
"awak sayang saya tak?"
susah nak jawap
sebab sayang tu unutk di nilai
bukan unutk di ucapkan

kukuh atau tak kaseh sayang tu buleh di nilai
yang lama berjasa,pudar
yang baru elok,begaya
kaseh sayang yang kukuh akan nampak dan tak akan lupa
kaseh sayang main-main akan lupa dan tak nampak

beza mengucap sayang dan beza menilai tanda sayang
selalunya yang mengucap mudah lupa sebab tidak menilai
selalunya yang menilai sentiasa ingat sebab dia menghargai kaseh sayang

saya menghargai kaseh sayang yang moto saya berikan kepada saya
satu-satunya pengankutan saya dari tingkatan 4

gambar cik kiah bersma moto kesayangan pak sunya
gambar di ambil ketika cik kiah berumur 2 tahun
setia menanti pak su di petang hari,sebab nak round round naik moto



~sekia~

Tuesday, September 6, 2011

masalah dan bulatan

dulu-dulu

masa study kat universiti
ambik subjek elektif
subjek telekomunikasi "analisa rekabentuk dan rangkaian"
subjek tak menarik,penin kepala
pensyarah yanag menarik

bukan pensyarah pompuan yang cun
tapi pensyarah lelaki yang penuh dengan kata hikmat
nama saya tak ingat
yang saya ingat rambut cacak-cacak
pensyarah jemputan dai uitm

pensyarah ni bukan saja mengajar subjek
tapi jugak cerita tentang keadaan sekeliling dan isu semasa
macam mana dia buleh cerita dia gaji 3k pun maseh kena jimat,masa tu tahun 2004 kalau x silap
sekarang dah 2011,apa la sanagat nilai gaji 3k

seronok dengar dia becakap
bila orang becakap dari hati
kita tengok ayer muka dia
tenang ja
dan dapat rasakan setiap perkataan yang dia luahkan

beza bulatan dan empat segi
dalam bahasa orang puteh round and square
dulu-dulu ada tengok drama
1st time dengar orang guna perkataan square dalam mengambarkan seseorang

"ala u ni,jangan la square sangat"
dialog tu keluar dari pelakon sebab hasil dari tak puas hati si pelakon watak terhadap watak seorang lagi
sebabnya si penerima perkataan itu tak sosial sangat
keluarnya perkataan "square" tu sebab nak mengambarkan jumud sangat atau baik sangat,buat dosa sikit pun takut

bulat pulak
"u ni all rouder la"
nak mengambarkan orang tu serba boleh
sebab tu panggil all rounder

tepikir - pikir
sebab apa orang guna perkataan bulat(round) dan empat segi(square)
setelah menggunakan konsep fizik
saya bayangkan
air yang mengalir dalam bulatan akan sentiasa mengalir jika kita memusing musing kan bulatan tu
air dalam squre pulak akan sentiasa tersangkut-sangkut sebab ada bucu dan mungkin tak mengalir

bulatan tu lancar berjalan berterusan
square tu ada had dan batas

yang tu la saya paham

berbalik kepada pensyarah saya yang bijaksana
antara kata-kata dia yang terkesan
lebeh kurang maksudnya macam ni la
kita tak buleh tengok saja kalau kawan sahabat adik beradik malah orang asing sekalipun kalau depa hadapi masalah

pensyarah tu bagi perumpaaan
masalah tu macam bulatan
lambat laun akan sampai juga kat kita
lambat atau cepat ja

contoh
anak kampung sebelah ada masalah penagihan dadah
kita buat tak tau
"biaq p la budak kampung depa"
lambat atau cepat
kemudian masalah tu akan datang dan tersenyum pada kita
"dulu kamu abaikan sedara kamu,sekarang saya datang hinggap kat kamu"

mungkin yang dikatan masalah tu datang kat kita adalah
anak kampung sebelah si penagih dadah tu curi moto kita
atau lebih teruk,dia pengaruhi anak kita pulak menagih dadah

itu anak kampung sebelah
inikan pula lagi adek beradek dan darah daging kita
kalau adek beradek dan darah daging kita amat lah tak betul kalau kita tak tolong

masalah dan bulatan
buang bulatan
tinggal masalah

masalah sebenarnya tak berkait dengan bulatan
buleh jugak jadi,masalah orang lain tak berjangkit dengan kita
tapi mana mungkin kita melihat orang lain bermasaalah
sedang kita senang lenang

tolong la sekadar mampu
kalau tak mampu menolong
bagi kata-kata semangat

~masalah tu perisa hidup kot~

Friday, August 26, 2011

mimpi inovasi

malam tadi mimpi
orang kata mimpi mainan tidor

tapi malam tadi mimpi benda yang inovatif
ohoi

Wednesday, August 17, 2011

lengang laman masjid

apa kamu kata atas ini mayat
baik....
apa kamu kata atas ini mayat
baik....
apa kamu kata atas ini mayat
baik....

semalam p semayang taraweh kat masjid sungai limau
masa sampai imam dah rakaat kedua isyak
tapi peliknya laman masjid lengang
tak dak budak lari-lari

rupa-rupanya
ada mayat saudara kita
jenazah tu depa letak kat belakang sementara tunggu habis solat isyak

saya masuk lambat rakaat kedua
tapi memang bajet depa akan solat jenazah lepas isyak

jadi lepas ja solat isyak,cun2 saya habiskan isyak pas imam doa
sempat la solat jenazah unutk saudara kita

masjid sungai limau ada kubur
selalunya masjid lama-lama ada kawasan kubur
sekarang ni ja kawasan kubur jauh dari masjid

solat di masjid ada kubur ada baiknya
sentiasa nampak kubur kiri kanan bila kita solat
insaf la sikit
sebab tu saya suka solat jemaat di masjid kampung cina
nampak kubur
rasa insaf dan tenang hati
otak tak pikir ke lain sangat

malam semalam specel
selalu nampak kubur ja
malam semalam nampak jenazah dan kubur

rapat-rapat.....
habis...
jenazah lelaki

Monday, August 15, 2011

cermin saya dan kamu

seorang mukmin itu adalah cermin bagi seorang mukmin yang lain

pagi-pagi kita tengok cermin
atau cermin tengok kita

sifat cermin memantulkan imej
sikit pun tak tipu
pantulkan apa yang ada seadanya
sama sebijik
macam ikhlas pulak cermin tu
kalau buruk buruk la
kalau elok elok la

begitulah juga mukmin dengan saudara mukminya
seorang mukmin itu adalah imej pantulan seorang mukmin yang lain
bukanlah imej rupa bentuk muka yang sama
tapi lebeh kepada akhlak cara berpakaian
sepatutnya adalah mukmin itu mempunyai satu imej yang sama

jika saya melihat seorang mukmin yang tidak sama imejnya dengan saya
buleh jadi saya cermin yang melihat atau saya yang melihat cermin

kalau saya melihat cermin
yang mana satu betul,imej yang saya lihat atau diri saya yang tak sama dengan imej dalam cermin itu

kalau saya sebagai cermin melihat orang yang melihat saya
sayangnya,saya tak berupaya memantulkan imej yang sama dengan orang yang melihat saya

cermin saya dan kamu
saya dan kamu bukanlah cermin
tapi kita memantulkan imej kita masing-masing terhadap orang lain
orang lain melihat kita sebagai mukmin
sepatutnya kita mempunyai imej yang sama
dan seelok seeloknya imej yang kita paparkan itu
adalah imej yang baik-baik

jikalau saya melihat kamu baik
maka perlulah saya menjadi baik seperti kamu
sebab kamu adalah cermin mukmin saya
mustahil saya mengubah imej di cermin
hanya satu pilihan
imej saya mestilah sama dengan imej paparan yang baik dalam cermin itu

jikalau saya melihat kamu buruk
mustahil saya dapat mengubah imej cermin tersebut
kerana imej itu memaparkan imej si penghadap cermin
mungkin ada yang buruk dalam diri saya yang saya tak sedari
baiklah saya ubah yang buruk dalam diri saya menjadi baik

dengan harapan
apabila saya menghadap cermin kelak
saya dapat melihat imej yang elok baik budi pekerti

kadang kadang kita tak sedar keburukan diri kita
kecuali ada orang menegur kita

~terima kaseh cermin~

antara jalan kampung dan jalan lebuhraya

beza memang berbeza

jalan kampung
kecik
gelap
bengkang bengkok
ada lembu lintas ikut dan
orang kona ikut dan
orang keluar simpang tak tengok kiri kanan

jalan lebuhraya
elok
luas
boleh bawak laju-laju
tak payah risau ada orang nak melintas tiba-tiba
tapi kena bayaq tol la....

kalau bawak moto atau kreta kat jalan kampung
penumpuan kena lebih
prihatin lembu dan manusia
sudah jadik kebiasaan orang kampung pakai keluar simpang tak tengok kiri kanan
jadi kena la aware lebeh sikit
ada orang kata
"kalau terberetuh bukan salah kita,salah orang yang keluar simpang tu la"
ada betui ada salah katanya tu
tapi baik lagi lah kita elak dari jadi kecekelakaan
sama-sama untung

kalau memandu di lebuhraya
tenang sikit,tekan minyak ja
cumanya kena bayar tol la
dan saman kalau telebih limit speed

apa yang penting bila memandu sila bertimbang rasa
ikut peraturan saja tak cukup
kena tambah timbang rasa
baru la harmoni kat jalan raya
selamat hari raya

terima kaseh di ucapkan kepada keta belakang
yang tak potong saya yang bawak moto ni dalam hujan lebat
hati mu sungguh mulia

sinar di celah moto

pagi-pagi cari parking

rohsia mencari parking moto adalah
dengan syarat adanya matahari menyinar

tengok dengan tajam
bezakan antara kawasan yang ada cahaya malap dan terang

tumpukan kawasan ada cahaya terang
pastikan keluasan cahaya terang
kalau luas kawasan cahaya terang tu
situ la ada satu tapak kosong untuk parking moto

mimpi bertemu

dah lama tak jumpa

semalam mimpi berjumpa
ada kenduri
jumpa masa kenduri,sembang-sembang

hilang rasa rindu
walaupun dalam mimpi

Friday, August 12, 2011

zakat dan gerak hati

semalam p semayang taraweh kat sungai limau
sebelum p taraweh bawak duit sepuluh ringgit dengan 5 ringgit
kot2 nak beli makan lepas taraweh

minyak moto pon dah kurang
lepas habis taraweh,tak jadi beli apa-apa pon
nak p isi minyak ja

dalam poket ada RM5 dengan RM10
ingat nak isi minyak pakai RM5 sekeping tu
tapi gerak hati p pakai RM10 sekeping

isi penuh,RM5.50 dapat balance RM4.50

pagi-pagi di opis baru teringat
hari ni dah stat kutip zakat kat masjid
lepas jumaat

selalunya saya bayar zakat awal
senang,tak kalut2 nak raya nnt
dgn anak-anak menakan balik
nak tolong beli tu beli ni

teringat orang nak kutip zakat
"alamak,ada ka duit pecah ni"
baru teringat balik
naseb semalam isi minyak pakai duit RM10 ringgit
ada duit pecah seringit-seringgit dan RM5

zakat kedah tahun ni sama tahun lepas,RM7 ringgit


kadang-kadang gerak hati ada sebabnya,walaupun kita tak terfikir hal tu

selain dari gerak hati ada satu lagi
kalau individu yang rapat dengan kita pesan jangan buat tu jagan buat ni
ada sebabnya,ada perhubungan kaseh sayang kita dengan individu tersebut
sebab seseorang tu kaseh dan sayang dan ambil berat kita
secara tak sengaja dia pun ada gerak hati unutuk kita
boleh rasa apa-apa yang x sedap nak jadi kat kita

magik kan

Wednesday, August 10, 2011

badminton dah berulang

setelah rasa nak demam malam tadi
pagi2 datang opis,saya dah ajak encek munir main badminton petang nnt

kalau nak demam musti kena keluar peluh siap2
langkah pencegahan x mau bagi demam

asalnya nak main petang
tiba2 main pukul 11 pulak

rupa-rupanya baru teringat
3 tahun lepas la saya main badminton pagi2
sebab masa tu free yang amat sgt

3 tahun yang berulang-ulang

Thursday, July 28, 2011

asal ada rasa garam

Adalah saya tidak mempunyai deria rasa makanan yang baik
Relatif kepada saya
asalkan ada rasa garam dah cukuop
buleh makan

Soalan yang selalu saya tak buleh jawap
"kat mana ada makan sedap2?"
sy dah gabra,sat ni rekemen tak rasa sedap pulak
akhirnya saya jawap
"saya tak tau la,saya makan asal ada rasa garam ja"

Kecik-Kecik
kalau tak dak lauk makan nasik dengan telur mata berkuahkan toyu
toyu dah jadi macam gulai
sedap yang amat
asalkan ada rasa garam

Besaq Besaq
kalau di kulim hari kerja
saya makan simple2 ja
asalkan ada rasa garam
selalunya bungkus kedai awek pot pet pot pet
parking moto dia dah tunjuk segnal 1 mesia
letak ikan kecik2 goreng kunyit
letak nenas sikit masak gulai ikan kering
teh ais satu
total 3 rengget 3 kupang

Pagi tadi bertembung dengan Puan Epa
Hari tu saya belikan kek moist dia pesan
kat kedai kek sungai petani,kedai kek sejati
katanya sedap gila lagi sedap dari kek secret resipi

dari bau mmg rasa sedap
terasa bau cekelat dia

"kau dah makan belum kek tu"
puan epa potong kan sikit kek moist hari tu bagi saya rasa sikit
ha, nak jawab apa
tak pa,kita tanya balik
"sedap ka kek tu?"
tegelak Puan Epa

walaupun saya tak ada deria rasa yang baik
tapi saya ada deria penglihatan mata dan telinga mendengar yang tajam
hasil penumpuan saya memerhati dan mendengar dengan tekun

makan dan makanan
asal hukum makanan di buat orang islam halal
asal hukum di buat orang bukan islam syubahat
orang yang beriman akan mencari makanan yang halal dan baik-baik

~asal ada rasa garam saya buleh bedal~

Tuesday, July 26, 2011

Bank dan Saya

Al kesah

al kesah tersebut lah kesah tengah rembang tadi saya p bank
CIMB bank

la kesah nak jadi kesah sy p cucuk duit
nak keluarkan duit gaji simpan dalam Bank Rakyat

al kesah punya la jadi kesah kad pulak buleh mesin p telan

p la kat kaunter bagi tau,kena isi borang mintak kad baru

saya dan bank tak dak hubungan yang baik
disebabkan orang bank selalu layan orang semat dan segak
saya seadanya pakai selipar jepun asadi ja dengan baju tshirt tak menarik perhatian orang bank

Dulu Dulu
penah dulu masa study kad ATM bank muamalat kena telan
p nak buat kad ganti saya tunggu sejam
suruh isi borang tunggu dulu
masa tu pakai tracksuit dgn tshirt
orang-orang yang pakai tie kemeja di layanya dulu
dekat sejam p tanya pak gad
"pakcik saya tunggu dekat sejam dah,kad ganti ni buleh buat dak?"
pak cik si pak gad ni la yang baik hati p tanya mamat bank ni kalut2
padahai si mamat bank ni dok layan orang2 yang dok pakai smat2 ni lagi
setelah sejam baru la dapat kad ATM

Hari ni
Jadi la balik
ambik nombor tunggu turn
sekali kaunter tu tekan nombot dua kali
x sempat saya nak p orang nombor kedua tu dah duduk berurusan

tunggu kot2 lepas ni buleh menyelit masuk kaunter tu
tak dak peluang langsung,semua pemegang nombor dok standby siap2

turun bawah bagi tau kak kaunter tu
"kak bagi nombot lain la kak,abang tu tekan nombot dua kali"
kak tu cakap tak pa,
"adik bagi tau ja dia,kak nampak tadi kaunter dia keluar nombor dua kali nak tunggu lambat ni"
last2 sy mntak jugak la nombor senang,kot2 abang tu tak layan

Rupa-rupanya
betul kata kak tu
lambat yang amat,orang dah beratur-ratur
tunggu peluang kaunter tu kosong,ada peluang p cakap kat abang tu
"bang,tadi abang tekan nombor dua kali kot,turn sy td"
dengan selamber abang tu cakap
"x pa abang duduk dulu,nombor ni mai sekali sekali ja"
dengan bersangka baik broder tu akan panggil saya,say duduk diam2

tapi tak panggil2 pon
dia buat de ja kat saya
naseb la sy ambik nombor lain satu lagi
tunggu la sampai orang panggil

kalau pakai besa besa tak semat p beli barang kat gient untung
sebab tak dak orang tahan juai barang
tahan suruh buat kad kredit

tapi kalau pakai tak semat tak segak p bank teruk la
orang buat tak berapa nak kesah
jenuh nak tunggu

saya tabik spring kat uncle stesen minyak shell jalan telawilayan budak naik moto isi minyak 2 rengget sama macam orang naik BMW

~tabik tuan~

Wednesday, July 20, 2011

3 tahun

posting kedua sebab tak boleh tidoq

dah jadi tabiat la ni
balik kerja kalau letak ja kepala
musti ter lena

tadi pukui 10:30 dah terlena
pukui 2:30 dah jaga tak buleh tidoq

3 tahun
opis buat tournament badminton
p sembang dgn kawan
"ei nnt kita partner,ulang balik 3 tahun lepas kita kalah"

tiba2 tekejut,3 tahun.....
tekeluar secara spontan 3 tahun
3 tahun lepas banyak dah jadi
susah senang gelak krenyeh tesengeh kreyau sorang sorang

3tahun
secara kebetulan pulak masa tengah taip belog
drama kat astro prima ada sebut 3 tahun
si lelaki ajak si perempuan makan
laki :"jom p makan"
pompuan :"erm boleh la,i pun dah lapar ni,jap i mekap jap"
laki :"tak pa,setakat tunggu mekap i buleh tunggu,i tunggu u dah 3 tahun dah... "

hahaha lawak perli untuk mengorat

sebenarnya terasa macam jauh 3 tahun tu meninggalkan saya

selamat tinggal 3 tahun yang jauh

beturut-turut

bila tengok atau baca benda yang tak mengembirakan kita
alangkah tak seronoknya hati

lagi la pulak tengok atau baca benda yang kita tak suka
ayat atau pernyataan tu ber turut-turut

rasa lemah longlai 12 jam

Wednesday, July 6, 2011

skodeng blog

tadi saya terjumpa satu blog

seorang kolonel TUDM
macam macam la dia tulih
dalam macam-macam tu ada satu posting menarik

dia cerita pasal anak dia
hafeez
di pendekan cerita hafeez ni mengaji di saudi dalam bidang agama

ayah si hafeez penulis blog ni cerita pasal hafeez
dia tulis dia tau hafeez ni suka kat sapa
hafezah namanya
kenalan masa hafeez mengaji kat kedah
kalau hafez ni balik kedah katanya,punya la banyak buah tangan dari family hafezah ni kirim
nak tunjuk betapa rapitnya keluarga depa dua ni

si hafezah mengaji kat UM dalam bidang Kejuruteraan Genetik
rapitnya si hafezah ni dgn family kolonel ni
sampai buleh menumpang di rumah family kolonel ni seminggu masa tunggu konvo

al kesah
al kesah ada orang masuk meminang hafezah
keluarga hafezah dah serba salah
masing-masing keluarga tahu hafezah dan hafez berkawan

rasanya sampai sini,saya x layak salin balik apa yang ss ayah tulis denagn penuh perasaan terhadap perasaan yang di alami anakanya
jadi saya copy paste ayat original dari bloq tuan kolonel ni

Mungkin jodoh Hafeez bukan dengan Fizah. Fizah telah tamat belajar, ada ijazah, dan telah bekerja. Lagi pun dia cantik dan lemah lembut budi pekertinya. Pastinya ramai jejaka yang berminat kepadanya. Bila ada yang merisik, pastinya kedua ibu bapanya menjadi serba salah. Hafeez ada tiga pilihan sahaja. (1) pinang Fizah and nikah- isu: Hafeez lama lagi nak abis belajar, 5 tahun lagi, belum ada pendapatan, siapa nak tanggung isteri nanti? (2) bertunang dulu minta Fizah tunggu hingga dia tamat belajar di Saudi - adakah Fizah sanggup tunggu begitu lama? kesian dia dan unfair kepada keluarga dia. (3) tinggalkan Fizah supaya dia diberi peluang untuk membuat pilihan kehidupan. Selepas mengambilkira semua kesan positif dan negatif, dan diberi nasihat sewajarnya, akhirnya Hafeez mengambil alternatif ke 3. Parah juga aku dengar, tapi alhamdulillah tak lama, dia mula dapat menerima hakikat.
Aku mendoakan Hafizah bahagia dan juga berdoa SEMOGA Hafeez akan menemui jodohnya yang hakiki


kesian hafeez
tapi hafez matang buat keputusan
macam dalam cerita "Ram Pom Pom" kat astro prima
ada kata-kata hikmah paling terkesan dalam satu scene
"kalau betul-betul dia mencintai seseorang tu,dia mencintai seseorang tu demi kebahgian diri orang yang di cintainya tu"

~hafeez berkorban lepaskan hafezah~

Wednesday, June 29, 2011

tak selalu

anda tak selalu bernaseb baik

situasi sama tempat sama masa sama
dulu anda bernaseb baik

berulang
kali ni naseb anda tak sebaik dulu

naseb baek anda ada simpanan sikit
guna simpanan tu

belanja unutk kepentingan diri sendiri

~sekian~

Thursday, June 23, 2011

makan banyak-banyak

semakin banyak makan
sat tak lalu
sat makan beguni-guni

ada orang kata saya kuruih
tekezut

Friday, June 17, 2011

makbul

hari tu ada drama kat tv2,tajuknya makbul

saya tak tengok dari mula pun
tengok penghujung
tapi ada tengok babak yang menarik

anak yatim dan orang kaya

anak yatim ni dok rumah anak-anak yatim
ada orang kaya nak buat sedekah kat rumah anak-anak yatim ni

si pengetua ni sembang dengan dua orang anak yatim,sorang laki,sorang perempuan
cakap ada orang kaya nak menyumbang kat rumah kita,alhamdulliah

si anak yatim ni cakap,mungkin sebab doa pakcik tu kot
dulu pakcik ni doa bagi ada orang kaya buat sedekah kat rumah depa

malam tu si pengetua dengan anak yatim laki pompuan tu p umah si pakcik ni

rupanya pakcik ni kaya
datang la ziarah si pakcik ni

duduk besembang dengan isteri pakcik ni
baik isteri pakcik ni
layan baik anak-anak yatim tu

bila pakcik ni keluar dari rumah nak jumpa tetamu ni
isteri pakcik ni cakap
"ni ha anak-anak yatim datang nak jumpa abang"

si pakcik kaya ni dah tarik muka
"ooo nak mintak sedekah ka"
nampak macam tak berapa suka anak yatim ni mai ziarah

si pengetua jawab
"kami mai ni nak ucap terima kaseh"
"sebab tuan doakan akan ada orang kaya tolong sedekah kat rumah kami"
"sekarang ni ada orang kaya yang nak bagi sumbangan banyak kat rumah kami"
"alhamdulillah"

si pakcik kaya dah kompius
"aik bila yang saya doakan"

si pengetua jawab
"ada dulu tuan doakan"

si anak yatim perempuan dan laki ni menyampuk
"dulu kami ada mai sini,pakcik doakan kat kami"

lepas tu di flashback balik babak anak yatim berdua ni mai rumah si pakcik kaya ni
pakcik kaya ni doakan,bunyinya macam ni
"ya Allah,kau bukakkan la hati orang kaya di kedah ni,bagi ada orang kaya yang nak menyumbang di rumah anak yatim anak-anak berdua ni"
tapi,raut wajah pakcik ni doa macam tak sungguh-sungguh
niatnya doa tu nak bagi anak-anak yatim ni p lekas-lekas
jangan kacau dia

si pakcik ni doa dengan riak muka main-main
si anak-anak yatim ni tadah tangan sungguh-sungguh
dua situasi yang berbeza

si pakcik kaya ni baru la teringat balik
betul dia ada doakan
tapi dia tak sungguh-sungguh pun
main main ja

lepas habis ziarah dan ucap terima kaseh
anak-anak yatim dengan pengetua ni pun balik rumah depa

si pakcik ni bingung
masuk rumah dengan isteri dia
padahal dia orang kaya
dia tak derma pun
cuma dia doa,tu pun main main tak sungguh sungguh
niatnya nak bagi budak tu p cepat

pakcik kaya ni cakap dengan muka heran
"saya tak doa sungguh-sungguh pun"
"saya doa tujuannya nak bagi budak-budak tu p jangan kacau saya"
"makbul ka doa saya?"

si isterinya cakap
"makbul la tu bang'
sambil usap-usap suami dia yang kebingungan
~.~


anak yatim
berbuat baiklah dengan anak yatim
nabi pun pesan kita buat baik dengan anak yatim
kalau jumpa anak yatim....
usap kepala dia
kalau ada duit lebeh sedekah kat dia
jangan anaya anak yatim

orang datang mintak sedekah
jangan buat jahat atau tarik muka
kalau tak mau sedekah cakap elok-elok
senyum pun dah kira sedekah
tapi pesan saya
kalau ada orang datang mintak sedekah
dan orang datang mintak sedekah tu senyum dulu kat kita
bagi la walaupun sikit
sebabnya dia yang sedekah dulu kat kita
dia sedekah kan senyuman kat kita

doa
doa kan la benda elok-elok
jangan doa yang bukan-bukan
jangan merungut
syukur apa yang ada
sentiasa doa yang elok-elok

jangan putus asa kalau doa kita tak termakbul lagi

~amin ya rabbal alamin~

kunci dalam sapu tangan

lama tak nampak pemandangan tu

lepas solat jemaat,nak p kat moto
tenampak pakcik sorang ni
70-an kot
tebongkok-bongko sikit tapi masih kuat jalan
kuruih ja

yang menarik
dari jauh nampak dia pegang sapu tangan
bukak lipatan sapu tangan tu
ambik kunci gerek dia
gerek tua bekarat
kunci pun kunci original,kunci gari melekat kat gerek tu

hati terdetik
"eh,dah lama tak nampak pemandangan macam tu"

~kunci dalam sapu tangan~

Wednesday, June 15, 2011

mari berjimat-jimat

alhamdulillah ada jugak la ot hari tu

walaupun tak berapa hari pun ot
tepaksa tunggu call,semata-mata nak ot

dapat ot nya tak la banyak pun
tapi jadi la
ada jugak duit lebeh sikit

kalau time ot pun
bajet makan lebeh sikit
sebab x dan masak
asyik beli kedai ja

lepas ni kena la jimat cermat
seperti biasa

duit ot nih harap bule buat bajet raya
dengan kampoi-kampoi mana-mana yang buleh

belanja mana yang mampu
jimat mana yang buleh

nanti kena p JPJ renew lesen masak
suda lama gantung periuk

bak kata labu bin kundur
"kalau la aku,jadi teman mu,masak memasak,serah pada ku"

wajah wajah nya

wajah wajah nya adalah bersamaan dengan rupa-rupanya

rupa-rupanya tak boleh kalau tak bersukan
sudah 2 minggu saya tak main badminton
kemarin dah terasa seram sejuk panas-panas badan
peluh tak keluar gamaknya

naseb baek la ada kawan-kawan besukan malam-malam
bule join keluarkan peluh

kalau nak demam tak boleh dok rehat,nanti lagi demam

musti keluarkan peluh memeluh

peluh itu musti di keluarkan

Wednesday, June 8, 2011

makcik hendon.... ooo makcik hendon

ada pakcik makcik tesalah rumah
katanya nak cari rumah makcik hendon,si suaminya meninggal 2 3 bulan hari tu

"pakcik pendek-pendek tu ka makcik?"
"rumah belakang ni,lepaih tu rumah depan dia makcik"

masa tengah di panggil-panggil saya perasan pakcik tu cakap uih cerahnya rumah,merujuk kepada ruan tepi umah sewa saya,bangga la puak,muahahaha

berulang

ada babak berulang-ulang

tiba-tiba ada flash back
eh "babak ni macam penah jadi,tapi tak ingat bila"

misteri nusantara

Tuesday, June 7, 2011

mimpi

mimpi mainan tidor

mimpi masuk asrama balik
semua kawan kawan ada
katil bawah sekali tepi tingkap

Friday, June 3, 2011

peluang dan sekali

peluang hanya datang sekali
selalunya sekali
bukan dua tiga empat kali

mungkin sebabnya dikatakan peluang hanya datang sekali
sebab nak suruh kia usaha sungguh-sungguh bila datang peluang tu
jangan sambel lewa,bua betul-betul

andai kata
takdirnya tak dapat peluang tu redha saja la

menyesal bila tak sungguh-sungguh

~sekian~

Wednesday, May 25, 2011

tahun cuti sedonia

bos suda buat de' bila saya mintak coti

tahun ni saya sungguh ektep cuti
sekali amik cuti 3 hari

~bercuti menambah produktiviti~

nombor

bukan nombor ekor nombor giliran

ahad hari tu ada sorang makcik cina baik
saya tekan mesin amik nombor
duduk luar

tiba-tiba ada makcik cina ni
"nah2 ambik ini nombor cepat sikit"

unutng turn tunggu 20 orang
tima kaseh

nombor saya pulak saya bagi kat uncle cina sebelah sy
dia untung 20 turn jugak

~orang buat baik kat kita,kita pulak teruja nak buat baik kat orang~

Monday, May 16, 2011

baru saya paham

al kesah dulu saya ada tulis pasal jalan besaq sebijik moto

nak di jadikan cerita
hari ni pinjam keta bawak mai kulim
sebab nak angkut mesin rumput
rumput di rumah sewa udah panjang

nak dijadikan cerita jugak
pagi tadi ikut jalan celah 1st solar tu mai kerja

punya nak jadi cerita lagi
tadi trafic light situ rosak pulak

"alamak....."
aik,beza pulak reaksi
kalau naik moto trafic light tu rosak punya la seronok
sebab boleh menyelit,jimat masa,tak payah tunggu hijau

tapi beza dgn naik keta
nak menyelit masuk payah

baru la tau sebab apa jalan tu lengang sikit
orang naik keta tak suka lalu sebab lampu isyarat situ selalu rosak
tadi pun,3,4 bijik keta pusing balik ikut jalan lain,payah sgt nak lintas

kadang-kadang
kita perlu rasa sendiri baru kita paham

~sekian~

Friday, May 13, 2011

kaseh sayang

hari ni ziarah arwah ayah nizam
ziarah orang meninggal bagus
mengingatkan kita pada mati

terima kaseh kawan-kawan bagi saya tumpang kreta

apabila mati anak adam
terputus lah dia dengan dunia kecuali 3 perkara yang memberi manfaat
*ilmu yang berguna yang pernah di ajar kepada orang
*sedekah jariah
*anak yang soleh

kaseh sayang sesama manusia
luaskan skop pemikiran
bukan lah kaseh sayang anatara laki dan perempuan saja
tapi kaseh sayang sesama kita saudara seislam

apa penting kaseh sayang
kaseh sayang mengeratkan hubungan antara kita
nikmat kaseh sayang x terucap dengan kata-kata

macam mana ujud kaseh sayang
ujud kaseh sayang mulanya dari kenal mengenali
berbuat baik sesama kita
mengambil berat sesama kita

kadang-kadang
seminima kaseh sayang adalah tak berbuat jahat kepada saudara kita
senyum pun dah jadi
walaupun tak banyak,orang akan ingat kita walaupun dengan sedikit kaseh sayang.
"oooo dia tu baguih,senyum ja jumpa orang,tak buat jahat kat orang pun"

"innalillah wainnailaihirajingun....."
"bila dia menginngal?"
"ish tebayang lagi dok jumpa dia dok senyum"

kaseh sayang tak pulak terputus bila sesorang itu mati
kaseh sayang memberi manfaat kepada orang di dalam kubur

anak yang soleh
hasil dari kaseh sayang ibu bapa
sentiasa ingat menyedekah kan fatihah
sampai atau tidak
katanya kaseh sayang la antara sebab sampai ka tidak pahala tu

beza antara sedekah fatehah anak dengan orang asing tentulah lain
anak menyedekahkah fatehah dengan penuh kaseh sayang
orang lain tak mungkin punya kaseh sayang yang lebeh dari anak kepada arwah si mati

kaseh sayang
macam satu ikatan atau pertalian
kadang-kadang walaupun tak cakap
orang yang mengasihi dapat paham
walaupun tak cakap
seolah-olah ada pertalian
orang yang tak mengasihi tak faham

hasil perbuatan dari kaseh sayang
bagi diri yang dikasihi
nilai nya lagi lebeh tinggi dari hasil perbuatan tanpa kaseh sayang
"amboih..... sedap sungguh nasi goreng ni,terima kaseh tolong buat kat saya"
padahal nasik goreng tu tak rasa sangat pun
tapi si penerima kaseh sayang sangat2 menghargai
si penerima kaseh sayang dapat makanan
rasa makanan
dan dapat rasa kaseh sayang

tak sama......
walaupun makanan beli rasa sedap
cukup semua rasa
yang dapat dirasa hanya sedap
tak dapat pun... rasa kaseh sayang

merasa kaseh sayang
kadang terharu hiba
kadang-kadang seronok gembira

saya sayang kawan-kawan saya
terima kaseh la banyak-banyak
banyak tolong saya
banyak buat baik dengan saya
senyum kat saya pun kira jadi la

saya mintak maaf la kalau sapa-sapa terasa hati dengan saya
mintak mapun banyak-banyak

~sekian~

Wednesday, May 11, 2011

neshehat

"aku bukan marah,aku nasehat"

salah satu babak dalam filem p romlee
tajuk apa x tau la pulak,x hingat

nasehat
kadang-kadang dalam membuat sesuatu keputusan
kita tak pasti dan mungkin tak tahu
macam mana nak buat kepututsan yang betul

nasehat
kadang-kadang kita memerlukan sedikit input dari luar diri sendiri untuk membantu buat keputusan.

bagaimana nak pilih input yang betul dan berguna
input=nasehat
mustilah pilih nasehat yang datang dari individu yang ada beberapa ciri-ciri
1)matang,luas pengetahuan,banyak pengalaman
2)berfikiran terbuka,buleh bincang dan terima pendapat kita sama
3)orang yang kenal,ambil berat tentang hal kita

kadang-kadang
orang marah kita
"haaa tu la,dulu aku dah nasehat hang,x mau dengar"
orang tu tak pula rapat dengan kita,tak ambik tau pun hal kita
tapi kalau bab ada yang silap
laju ja paku
orang jenis ni sungguh-sungguh suruh kita pakai nasehat dia

kadang-kadang
orang tu bagi semangat kat kita
"tak pa la,jadikan pengajaran,tak semua keputusan kita buat betui"
orang jenis ni rapat dengan kita,sentiasa ambik berat hal kita
kalau salah dia bagi semangat dan dorongan
dia bagi nasehat pun dia cakap sebagai panduan ja,pikir elok2

hoi hoi

Thursday, May 5, 2011

Pantai dan Kamera

saya teringin sangat-sangat nak jalan-jalan kat pantai
pantai yang luas panjang....
dengar bunyi ombak....
tenang ja rasa

kat kedah ada dua pantai yang terkenal
pantai merdeka kat tikam batu
pantai murni kat yan

nak p jalan sorang-sorang
nanti orang kata orang tak betui pulak jalan sorang-sorang

saya teringin nak beli kamera DSLR
kalau ada kamera DSLR
bule jalan-jalan tepi pantai
sambey-sambey pegang kamera konon-konon ambik gambaq
tak la orang nampak pelik sangat jalan sorang-sorang
"oooo dia mai pantai ambik gambaq"

kalau pakai kamera compact kecik sgt,orang tak nampak... ewah... hahaha

sebagai ganti tak buleh p pantai
saya selalu singgah jeti semeling hujung minggu
ambik angin sungai merbok yang luas
tengok paya bakau hijau-hijau
dengar bunyi enjin bot

selalunya hari sabtu tak pun ahad
p ambik ayaq mata ayaq kat tupah
balik tu saya singgah sat

tenang.... ja rasa

tapi seperti biasa x buleh dok lama-lama
sat ni orang tengok pelik
hari tu siap brader mpsp tu cakap lagi
"mai sorang x dak apa la bang,jalan loi lagu tu ja"
hahahaha
saya senggih ja

rindu sungguh nak dengar bunyi ombak

Friday, April 29, 2011

jumaat

penghulu segala hari

kalau di negeri melayu tak bersekutu
Kedah,Terengganu,Kelantan
hari jumaat cuti,kecuali negeri Perlis

beza duk di kedah dengan kolompo
masa study di UM dok kat pantai dalam
kat kolompo jumaat x cuti
selalu saya p mesjid pantai dalam tu awal
dalam 12.30 selalu dah p dah
sebab terbiasa di kedah cuti
jadi p semejid awai2

al kesah ada satu hari lepas balik kelas tertidur
hari tu hari jumaat
sedar2 dah pukui 1
punyala tekalut2 bangun nak mandi p semejid
dalam hati dok kata dah lambat sangat dah ni

buka pintu bilik,jenguk luar kat hall sat
aik
hosemate dok relek isap rokok lagi
sambey pakai tuala
saya ja yang terkalut2

beza orang kedah dengan selangor
sebabnya kedah jumaat cuti selangor tak cuti
jadi di sebabkan keja hari tu terbiasa la p jumaat lambat
saya yang di kedah ni cuti, kalau pukui 1 tu pun dah kira habeh lambat dah
walaupun tak masuk waktu lagi,hau2

tadi pun tertidur
balik umah makan nasik rehat sat
sedaq2 dah pukui 12:55
siap dengan hujan lebat lagi
dalam hati"padan muka,buleh p awai gatai p tdoq,ambik ujan lebat"

x pa la
naseb2
ambik ayaq semayang,bawak baju spare kot2 lencun sangat sat ni
keluar dari umah nampak jiran depan abang jalil

abang jalil baik dan ramah
ujan masa tu lebat
terjerit-jerit abang jalil kat saya
saya bersangka baik,ni mesti nak ajak p sekali ni sebab ujan lebat sangat
saya pun terjerit2 balik
"x pa2"

entah apa bang jalil kata pun sy tak tau
tah apa saya kata pun gamaknya bang jalil tak tau
masing-masing sangka baik
baik sungguh masing - masing

start moto redah ujan

ujan
kadang-kadang sini hujan
depan sikit tak hujan
jadi
sebab tu la kalau hujan pun saya pakai redah ja
untung-untung depan sikit tak hujan

solat jumaat
kalau ada kelapangan baik la p solat jumaat awai2
pahala pun dapat lebeh
sebab tu saya tak selesa ikut orang p jumaat
sebabnya depa p makan dulu,relek-relek dulu
duduk serba tak kena kalau saya ikut geng macam tu
sampai semejid orang dah azan
silap-silap dah khutbah

jiran yang baik
abang jalil sorang la jiran paling baik
macam-macam dia tolong
ramah tamah pulak tu

~sekian~

rasa di tekak

alhamdulillah selamat posa dan buka posa

sebelum tapau bihun sup untuk bukak posa,
terasa dahaga di tekak,sedetik ja
toing.... terus rasa...
"eh macam rasa lapaq ayaq bulan posa"

tak boleh begerak

kebiasaanya hari khomis kami rakan-rakan PDC akan main badminton di CRC
kebiasaanya saya posa hari khomis
kebiasaanya ok ja main bila posa
kebiasaanya kalau posa lebih senang belari sana sini dari hari x posa sebab kurang berat

tatapi ini hari sensor lari-lari saya kureng

ada satu babak saya mengejar net ball
minda dan gerak badan saya tak sekata
hampir-hampir tergolek

minda cakap langkah,bengkokan badan,ambik bola
gerak badan saya langkau satu step
saya melangkah tapi tak bengkokan kaki untuk bengkokan badan

hampir-hampir tergulek
naseb lagi saya berjaya mengimbangi badan

alhamdulillah selamat.....

Thursday, April 28, 2011

hoi hoi

74 kilogram,mari mengurangkan berat badan

rindu

saya rindu nak rasa lapar
tahan lapar
leteh tekelepek

dah dekat sebulan x posa senin khamis
demam,sakit mata,pening

hari ni dah posa balik
harap-harap buleh rasa bukak posa hari ni
balik sp nnt nak cari kurmak

baru ada feel macam bulan posa

~sekian~

Wednesday, April 27, 2011

jalan besaq moto sebijik

pagi-pagi saya selalu ikut simpang 1st solar unutk p opis
situ trafic light dia simpang 3 ja
kalau trafic light depan lagu satu tu simpang 4

tadi macam biasa sebijik moto saya ja kat simpang tu
tunggu trafic light
sebelah kanan,bederet kreta dari kulim hi tech,baru abes shift nak balik gamaknya



hijau,jalan.....
tengah-tengah simpang tu tepikior
agak-agaknya kreta2 ni kata,
"hari2 mamat ni sorang ja lalu jalan ni,sebesaq2 jalan sorang dia ja"

al sebab musabab saya lalu jalan tu adalah
kerana trafic light situ selalu rosak
adalah teramat untung kalau trafic light rosak

x payah tunggu-tunggu
menyelit ja lintas simpang tu
... dengan harapan kreta tak laju-laju,miahahaha

kadang-kadang jarak jalan tu dekat
tapi nak sampai destinasi lambat sebab ada trafic light
kadang-kadang jarak jalan tu jauh
tapi cepat lagi sampai destinasi sebab tak dak trafic light

antara jauh,cepat,lambat dan dekat
mungkin tak perlu sangat di hiraukan
yang penting sampai ke destinasi atau objektif pada masa yang sesuai

~sekian~

Monday, April 25, 2011

hadiah

maimunah: besday dah lepas banyak hari ni cik asrap,tak bagi lagipun hadiahnya

ashraf:alamak,tak dan cari hadiah la cik nah oi,nak hadiah apa habaq mai

maimunah:saya nak ikan emas dua ekor,sekor jantan sekor betina

ashraf:aih,tepelanting kot nanti ikan emas tu dalam raga moto saya

maimunah:la,tadi dia jugak yang tanya nak adiah apa

ashraf:hahaha,ya la.....

2,3 hari kemedian

sms maimunah kepada ashraf
"cik asrap,tak payah la ikan emas tu,nanti kalau mati ikan emas tu tak dak la kenangan saya dengan cik asrap"

sms balas ashraf
"laaa,saya baru dok round2 cari ikan emas,tak pa la,nanti sy p cari hadiah apa yang sesuai"

dalam hati ashraf
"tesentuh pulak hati,cik nah nak hadiah yang boleh dia kenang saya,oh.... terharu"

satu hari di kedai mamak

sms ashraf kepada maimunah
"tunggu dalam kreta,sat saya nak bagi hadiah,jangan keluar lagi"

ashraf bagi jam pasir,asraf pilih hadiah tu sbb seronok ada benda bergerak,jatuh-jatuh pasir tu

maimunah kata
"buleh bukak dak ni cik asrap?"

ashraf balas
"haip,tak boleh,balik sat ni baru bukak"

makan-makan sembang-sembang,masing2 balik

sms maimunah kat ashraf
"cik asrap... terima kaseh hadiah tu...,tapi takut la"

sms ashraf
"sama-sama,awat takutnya?.... oooo betui jugak no,nak habih pasir tu jatuh kena cepat2 kalih,paham2"

tamat kesah ashraf dan maimunah,maimunah hilang tah kemana,masing2 lost contact,tapi ashraf ingat sangat kata2 maimunah
"nanti kalau ikan emas tu mati, tak dak la kenangan saya dengan cik ashraf"

sireh pulang ke gangang

buku natrah dah selamat saya terima kembali
setelah di terjermah dan di analisa oleh dua orang sahabat saya selama kueang lebeh 8 bulan

hari ni dapat balik buku natrah

rindu buku natrah saya

nnt cik kiah balik nak bagi suruh cik kiah baca

hari tu tengok dia minat sgt baca kisah natrah kat tenet

~sekian~

Monday, April 11, 2011

mata

ada orang mata bulat
ada orang mata sepet
ada orang mata besinar-sinar

dr huam mata besinar-sinar
mata saya yang merah

sakit mata x ok2 lagi
jadi p jumpa dr pakar mata pulak
dr huam

punya la ramai orang
naseb mai awai
10.30 mai, pukui 11:30 baru buleh masuk

alkisahnya dr huam ni mmg cukup terkenal
dulu jadi dr pakar kat metro
baru 4 5 tahun ni rasanya dia berenti bukak klinik

di sebabkan lama sgt dok tunggu
jadi sy buat la analisis keadaan alam sekitar

pesakit
ramainya orang tua-tua
cina india melayu
yang muda saya sorang ja td
yan lain semua tua2
ada yang mai dari perak pun ada
hoho

pimpin tangan
ramainya orang tua ni mai dgn anak2
baik2 sungguh anak depa
pimpin tangan mak ayah mai klinik

ramah tamah
semuanya ramah-ramah
cina india melayu
sembang betegur sapa masing2

hanguk2
ada nampak sorang untie india
mai dgn anak dia
x reti cakap melayu
hangguk2 ja,anak dia yang tolong cakap

banyaknya yang datang ni nak buat follow up check
lepas buat operation mata

baiknya
walaupun untung bukak klinik sendiri
tapi rasanya dr huam ni lebeh kepada nak serve masyarakat kot
dulu masa kat metro
x la pack sgt jadual dia periksa patient
metro rate dia agak mahai sikit walaupun check2 sikit2 ja
jadi x ramai la org p

kalau bukak klinik ni
mak aih,x berenti rasanya kerja dia
orang dok q manjang
rate pon x mahai
17 ringgit,30 ringgit
saya ja yang kena 50,adoi,resit pulak lupa ambik

baik hati
dr huam ni baik hati
x bekira
ada sorang pakcik ni mai dr BM
check mata,dr huam kata kena buat laser baru ok
pakcik ni tanya berapa?
dr huam cakap 500
pakcik ni ckp ada 300 ja
dr huam ni kata x pa la pakcik lebeh kurang

hoho
short 200 tu
rasanya betui la dia ni lebeh kepada nak serve masayrakat
x kira untung sgt

tapi betui la berkesan ubat dia
dah tengok makin kurang bnyk merah tu
dia cakap ni kuman ni,x bejangkit jgn takut
x dak chance dapat mc
hoihoi

tgk muka dr huam ni tenang ja rasa
mata dia pun besinar2
hoho

mata dan PTD
dulu masa PTD punya asesment teringat lagi
buat perbincangan
tajuknya ksehatan penduduk mesia makin merosot
saya dan geng jadik pembangkang

punya la x dak idea nak bangkang apa
last2 sy bagi point
pakai spek mata pon x sehat
sebab mata tu dah rabun,kurang vitamin
miahahaha,padahal sy pun pakai spek,cuma time tu x pakai
rasanya sebab point tu kot dapat panggey interview

mata
untuk melihat

kadang-kadang kita tengok benda yang sama
tapi x nampak

sebabnya
orang tu tgk penuh minat
kita tgk sambel lewa ja

contoh encek nabil
saya bawak dia dengan encek napis p tapak arkeologi sungai batu dekat dengan mrsm merbok
dekat gambar pameran tu di sebabkan encek nabil tengok dgn penuh minat dia cakap macam ni
"paksu kat gambar batu tu ada kesan jari macam orang tarik macam ni" sambil buat aksi
hoho tengok betui-betui rupanya mmg ada,ingat mmg corak mcm tu :p
beza paksu yang tengok mcm tu ja, dengan nabil yang tengok penuh minat

yang tengok pon dak adalah napes
dia p tengok bekas tayar moto kat pasir tu
"ish2 paksu... banyaknya moto"
apa da

ada mata x nampak
sudah takdir dia macam tu

kecik-kecik
kecik -kecik dulu buh duit dalm tabung orang buta nyanyi kat stesen bas sp
punya la jalan senyap2,diam2 buh duit
sekali dia perasaan
siap cakap pakai micropon lagi terima kaseh
hoho

masa kat UM dulu
geng2 yang x bernasib baik x nampak ni
duduk kat kolej 5
banyaknya depa ambik sastera,jadi dekat la fakulti sastera kalau dok kolej 5

heran
walaupun x nampak
kemas ja derang ni
perempuan pakai elok2 comey2
laki smart2 rambut sikat rapi

walaupun x nampak
x pulak depa mintak sedekah ja tepi jalan
pulun jugak mengaji kan

x nampak mata terang hati
banyak hafiz quran pun orang x nampak
terang hati sebab x tengok benda bukan2

mata ada karen
bahaya
kadang-kadang bila bertentang mata
ada karen mai,zet zet

sungai batu
tapak arkeologi ni depa tengah gali lagi
katanya ada kilang besi
pengkalan
dan macam-macam lagi
pakcik yang sy sembang tu cakap depa nak buat galeri nnt
nnt depa pamerkan macam yang depa jumpa
lokasi sungai batu ni dekat semeling merbok
naik titi semeling jumpa trafic light ambik kiri
slow2 sikit
jumpa kelapa sawit cari macam ada khemah2 kiri kanan tu
jumpa tu dia la

klinik dr huam
betui2 depan central square sp
selang sebelah cimb depan central square tu

tolong mengubat
bila duktur mengubat dengan penuh keihklasan
rasanya hasil dari pengubatan duktur tu lebeh mujarab
dia dah x pikiaq pasai bayaran
nak tolong ubat pesakit dia ja
bayaran kurang pun x kesah

mulia sungguh kerjaya doktor

~sekian~

Friday, April 8, 2011

temikai

orang kedah sebut tembikai buang "b"

tadi tgh hari beli bungkuih kat warung nasi ekonomi
buh ayam sikit,gulai sikit
tengok sayur x bekenan
jumpa tembikai

besaq jugak dia potong tembikai ni
tengah dok agak2 berapa duit satu ni
nak tanya segan
buh la 3

nak bayar tu tgk awek kedai tu buh satu piring bagi ka brader2 tgh makan tu
uish dia kira ikut piring rupanya

nasi + ayam 2.50 teh ais 1.30
3.8

rupa rupanya temikai tu sedekah hari jemaat
dalam hati kata adoi rugi x ambik banyak
ingat-ingat balik,ish x elok la balun semua sorang ja
ambik sorang sikit
orang lain buleh merasa sama

hari jemaat ada persamaan dengan bulan posa
ramai sungguh orang suka besedekah

~sekian~

buku

saya maseh lagi tegedik2 tesengeh2 dapat buku doktot dalam rumah

taun lepas sy ada beli 4 5 buku
salah satu buku yang menarik
Natrah,kulit tebal 4++ muka surat
harga RM75 ringgit

buku doktot dalam rumah ni besaq tebai gila
1+++ mukasurat,herga RM100

ada org kata awat buku doktot dalam rumah lagi murah dari natrah
doktot dalam umah dalam BI
natrah dalam BM

ada sekali tu saya tengok sudut pandang kat astro awani
dia bincang pasai herga buku
dia cakap
buku BI murah,sbb market luas
bule cetak bnyk dan otomatik lagi bnyk cetak lagi dapat murah
buku BM pasaran kurang,cetak sikit ja bule,jadi mahai la


bahasa inggeris dan PPSMI
PPSMI ni lebeh kurang maksudnya rancangan nak ajar math dan sains dalam BI
dah bejalan pun porgram ni,tapi dah di mansuhkan
tapi ada pihak2 tertentu mempolitik kan isu ni
suruh mansuh PPSMI sbb katanya x petriotik
saterawan-sasterwan bantah PPSMI cakap melacurkan bahasa melayu
aduh cetek betui pemikiran
siap buat perarakan bantah,bijak sungguh

saya rasa kalau Dr M maseh lagi PM
selamba ja Dr M handle benda ni
Dr M yang sy nampak dia ni x la demokratik sgt
Macam karektor seorang ayah,kalau benda yang dia nampak elok tapi orang dok bantah
selamba ja dia buat x tau kat orang yang dok bantah tu
ISA ka tu ka ni ka,mana2 yang boleh pakai pakai
Dr M lebeh melihat kepada kesan hasil daripada sesuatu keputusan atau tindakan

Macam mana nak melihat kesan daripada sesuatu tindakan atau keputusan tu
mestilah dari seseorang yang berilmu dan berpengalaman
dari pengalaman dan ilmu yang dia ada,Dr M boleh mensimulasi apa yang kan terjadi dari hasil dari sesuatu keputusan

pengkaji,memahami,tegas
masa krisis kewangan 1998
Dr mahathir panggil Nor mohamad yaacob
terangkan kat dia macam mana sistem kewangan berfungsi
Nor mohamad yaacob terang satu2 kat Dr m,katanya masa dia terang tu Dr M x cakap pun
dengar ja
lepas tu Dr M suruh Nor mohammad yaacob sediakan penerangan lebih terperinci
Dr M kaji pastu memahami dan dia tegas dgn apa yang dia paham
dia buat kawalan mata wang walaupun IMF suruh pinjam duit depa

hasilnya
berjaya,walaupun x la berkesan gila2 strategi Dr M ni
indonesia yang pinjam dari IMF jenuh tungung tebalik

Beza
beza Anwar dan Dr M
Dr M teknikal,Anwar falsafah
Dr M faham,Anwar sekadar dengar

Masa krisis 1998 nampak sgt mcm mana anwar sebagai menteri kewangan di ketepikan
MTEN di tubuhkan untuk urus ekonomi negara
Dr M panggel daim zainuddin duduk dalam MTEN
Anwar terlalu bergantung kepada nasehat dan penasehat untuk buat keputusan
Dr M gunakan nasehat dan penasehat unutk memahami sesuatu masalah,kaji dan buat keputusan

sekali belek
sekali belek buku ni saya dapat rasa buku ni memang mengambarkan Dr M
sbbnya buku ni banyak tulisan,simple,x corak2 sgt
ada gambar tapi di khaskan dari satu mukasurat ni sampai sekian mukasurat ja
x macam buku natrah,menarik ada gambar bagi setiap tragedi

buku ni lebeh kepada fakta dan ilmu,
x perlu gambar unutk jadikan dia menarik bagi setiap fakta dan ilmu
cukup dengan tulisan
halaman yang di khusus kan untuk gambaq pulak di letak kat tengah2 ketebalan buku
mcm nak bagi orang rehat sat tgk gambar
setelah hadam banyak fakta dan ilmu

Dr M seorang yang simple
cakap x berapi-rapi
banyak diam dan dengar dari cakap banyak
Dr M cakap dgn fakta dan teori
cara dr M mempengaruhi orang ramai adalah dengan hasil dari perbuatan hasil kerja dia yang berkesan dan efektif
Dr M x mempengaruhi orang ramai dari pidatonya yang berapi2

Dr M penah cakap
dia sebnagai latar belakang doktor
dia mengaplikasi kan apa yang dia belajar
tujuan utama nak menyembuhkan
dapatkan maklumat sakit,menganalisa sakit dan cuba sedaya upaya tolong sembuh kan pesakit

paling Dr M x suka lawyer,miahahaha
saya pun pikir macam tu
peguam ni meletakkan undang-undang gubahan manusia paling atas
walau apa pon terjadi
rosak ka binasa ka
undang-undang tu mesti di ikut
Dr M x suka peguam,peguam x suka Dr M

jam
kata-kata menarik pernah Dr M cakap
seseorang buleh beli jam yang mahal,tapi x semestinya seseorang itu pandai menghargai masa

bacalah buku,galakan anak2 adik beradek kita baca buku
x rugi kita beli buku
kalau dah habeh baca buleh pulak kawan pinjam

perlu di ingat
LHDN bagi rebet buku RM1000
sila simpan resit

~sekian~

Thursday, April 7, 2011

duktur

tima kaseh kawan-kawan

saya dapat buku a doctor in da house
hari tu lagi nak beli tapi bajet lari sebab p bangi

tima kaseh banyak-banyak........

sikit

mata dah elok sikit
x yah makan obat
hari ni bule posa

selalu Rabu malam kat crc bule main sikit ja badminton
semalam bule main banyak
15 orang ja mai

brader baik tu siap buat lawak
"amboih hari ni kita main banyak aih,hang selalu sampai kena mintak masuk main,hari ni sampai mandi"
haha,brader tu baik
dia x perli

CRC
main badminton kat crc ni rabu malam macam satu liga badminton yang kompetetif la
kalau x hebat sgt
kadang2 nak masuk court pun susah
buleh masuk court
tapi bila orang x terer masuk orang-orang terer x mau masuk,
dok la dalam court tu sorang2
kena tebai muka

ada saja brader2 yang baik hati
x kesah main dgn sapa
mulia sungguh hati
bila nampak sy buat tebai muka dalam court sorang2
depa mai masuk,kecek2 kawan2 depa mai masuk
terima kaseh

pagi ni
teringat assesment PTD kat intan
tahun 2008
dah 3 taun
hoho
bulan 11 kalau x silap aseesment tu

selalunya orang kata
kalau nak lepas sampai interview
masa group perbincangan tu
kena rajin cakap
dan cakap banyak2

masalahnya
group saya tu semuanya cakap x berenti
sy nak cakap x dan kata apa pon
bukak mulut buleh bunyi aaa ja
gaya nak cakap ada orang lain dok pot pet pot pet dah

tapi ada seorang awek
putih serlah
dan jengok profile dia
tahun 86 mcm tu kot
cepat betui dia habeh degree
tapi dia ni baguih

cakap dia petah
isi dia baguih
paling penting
dia suka bagi peluang kat orang
dia tengok sapa yang senyap
dia tolong sebut nombor tanya ada pandangan x
masa tu la kita dan cakap pon
naseb baik

alhamdulliah dapat jugak rasa interview
bulan 2 2009
sekurangnya merasa interview
pengalaman beharga
dalam group assesmnet intan tu
awek puteh serlah tu,saya dan lagi 2 orang dari gorup kami dapat interview
dan hari sama
rasanya dia dapat kot PTD
dia ada pakej
semoga dia jadi PTD yang baik hati tolong rakyat

antara sikit dan banyak
baik lagi cakap sikit tapi isi yang bernas dan penting
dari cakap banyak,merepek x dak isi
kalau x cakap langsung jgn kata dia x dak idea bernas
cuma dia x suka sgt rebut-rebut nak cakap

baik lagi kita cakap sikit ja

owh,seronok sungguh assesment PTD
makan free sedap
bilik ada astro
malam-malam tengok cerita hantu thai

terima kaseh kepada penemuduga saya
penigiran apa tah dgn encek dari SPA bahagian pengambilan
walaupun x bertuah dipilih bejaya
satu pengalaman yang sungguh syiok dan banyak memori
dari periksa,asesment interview

~sekian~

Wednesday, April 6, 2011

terima kaseh

terima kaseh rabu
sekarang tujuh 7:46 dah masuk hari khamis

sudah 3 minggu x dapat posa isnin khamis
niatnya nak posa minggu lepas tapi kena makan obat sakit mata
harap esok bule posa
mata dah kurang merah

sejuk hati bila orang kata terima kaseh
tengah hari tadi isi minyak kat petronas lepas sungai seluang
adik tu dengan penuh sopan ucap terima kaseh sambey menunduk tanda hormat
masing-masing ucap terima kaseh

tengah hari makan epal, x lalu nasi
cabut opis awai pukui 4:50,p beli nasi
adik buat ayaq tu pun cakap tima kaseh bang dengan tunduk hormat
masing-masing ucap terima kaseh x dak sapa pon yang cakap sama-sama

sy segan nak cakap sama2 sebabnya macam depa buat jasa besaq serve sy
tapi saya rasa depa tolong saya
tolong buat ayaq tolong isi minyak walaupun kena bayar

kalau ada bayaran untuk perkhidmatan perbuatan tu x buleh kira tolong ka?
buleh rasanya kadang-kadang ayaq yang kita order tu depa buh lebeh
kadang-kadang bihun sup depa buh bihun lebeh

budi bahasa sungguh orang melayu
cakap semuanya elok-elok sopan-sopan

~sekian~

kurung kedah

baju kurung kedah
x banyak orang pakai la ni
kecuali orang-orang tua kampung kat kedah

sama ja ukuran dgn baju kurung biasa
cumanya
saya rasa baju ni lebar sikit dan lengan dia tiga suku
lebih sikit dari siku

baju ni sesuai bawak p bendang dengan kebun
al maklum la orang kedah banyak buat bendang dengan kebun
senang pergerakan,baju besar,lengan singkat sikit

dulu masa kat asasi UM
ada sorang awek kedah
Suhaila kot x silap namanya
comey,x suka senyum sgt,suka buat masam2 muka
jadi hot stuff
seingatnya dulu dia ambik engineering bahan x pun cad cam
apa cerita la ni x tau la sahabat ni

suhaila ni suka pakai baju kurung kedah
sesuai dan padan dengan orangnya

orang pompuan kedah cantek-cantek kan? hihi
x la stylo2
simple
x putih x la gelap sgt
suka buat masam2 sikit
tapi orang kedah senyum manis
macam che kiah anak kak sulong,hihi

tengok ayu raudah
sebenarnya chuby dia tu
tapi
ayu ja pakai tudung
comel..... menarik hati
kalau dia pakai seksi2 free hair belakon x berkesan dari cara dia pakai tudung

kurangnya
kurangnya kurung kedah ni x tutup aurat la
x sesuai la rasanya pakai untuk fesyen2 di luar
lebeh sesuai untu pakai p kebun p bendang

ada satu lagi yang sinonim dengan kurung kedah
kesat ayer mata

di sebab kan ukuran dia besar,lengan yang tiga suku dan besar
mudah nak kesat ayer mata dengan kurung kedah ni

rasanya kalau kita jumpa baju kurung kedah lama2
amik buat test kajian CSI
rasanya kat hujung lengan tu banyak kesan2 ayer mata

nangis, keriau, menitik air mata
orang tua2 selalunya x nagis x keriau
selalunya menitik ayer mata
sbb sedih hiba kot

jangan takot,che' ada
jangan takot

~sekian~

banding

bukan tasek banding
tapi perbandingan
di ciluk dari blog
http://badutrakyat.blogspot.com

manusia ada postur yang sinonim dgn cara diri dia
gambar ketiga sejibik macam sama
tapi saya x berani kata apa2

masalahnya disini
satu video keluar
katanya itu fitnah
ada bukti twiter,fecbuk
tapi orang cari dia x bertweet dan fecbuk pun

masalahnya
dia x suka orang tuduh dia tanpa bukti
tapi
dia pulak tuduh UMNO punya konspirasi
ada bukti?

amati elok-elok 3 gambar ni
mata saya nampak sama

~sekian~