Sunday, July 29, 2012

tua dan muda

tua lebih sikit dari muda

semalam saya krabat pokok nyoq
nak ambik nyoq muda
dok belek-belek,goyang-goyang,dok agak yang mana muda
pulas buah nyoq tu samapi luruh

tengah dok kyusuk pulas nyoq,pak megat lalu
pak megat brek kreta dua kali,tunjuk pokok nyoq,saya pun hanguk-hanguk
lepas tu terpikiaq,"ish pak megat nak nyoq muda kot"

saya kutip nyoq2 yang dah pulas bawak balik rumah,
stat muto p rumah pak megat,nak bagi 2 biji
punya la seronok pak megat dapat nyoq muda..... dok terima kaseh x dak dah

paling expert pilih nyoq muda ni beruk la
saya tak expert
kadang2 dapat yang dah nak keras isi nyoq
hantam ja makan

tapi ada seorang tua yang bijak sana
bijak menilai nyoq tua dan nyoq muda

al kesahnya tersebutlah kesah banyak sangat nyoq tua
sampai harga nyoq tua merudum
rugi orag ada kebun nyoq
masa ni mmg orang makan nyoq muda
cuma tak famous

jadi seorang menteri pertanian memberi idea yang sangat bijak
beliau melancarkan kempen minum air kelapa muda
hotel hotel,resort resort, ikut serta,kempen kan kat pelancong
yang lagi syiok,nyoq muda lagi mahai lagi dari nyoq tua
untung balik orang ada kebun nyoq

hebat sungguh idea menteri pertanian tu
idea yang ringkas,tapi idea penyelesaian yang sangat hebat dan sangat berkesan

menteri ni sangat tak sebulu dengan seorang lagi menteri kanan,kesukaan perdana menteri
tapi pelik nya
mereka sama sama pernah meneraju satu pertubuhan islam,dalam satu jemaah
saya pun pelik pasai pa depa tak sebulu

al kesahnya mengenai menteri ni
belau di pilih oleh perdana menteri untuk balik ke negeri utara tanah air
menjadi menteri besar
sebab nya
menteri besar yang ada sekarang dah banyak timbul isu isu yang tak menyenang kan rakyat dan pemimpin

salah satu isu adalah projek ternak udang,ambik tanah bendang orang kampung
saya pernah lalu mahkamah alor star masa depa bicara hal ni
penuh orang kampung
yang lagi sedih bila masuk berita padi dah kunin,orang kampung nak tuai,pemilik tanah baru x bagi
mungkin betul tanah tu dah pindah milik
tapi kalau bayangkan keringat pakcik-pakcik buat bendang sungguh sungguh
bila padi dah jadi,sayu dan tersa sangat kot kalau tak boleh tuai

salah dua isu yang menjadi isu adalah isu tanah jugak,tapi lagi berat
di kedah,ada satu bahagian dari undang undang yang membenarkan orang bukan bumiputra di beri status bumiputra
al kesah,undang undang ni bersusur galur dari sejarah negeri Kedah
ada kerabat yang kawen dengan wanita perancis,dan meninggal
kalau ikut undang undang wanita perancis ni tak boleh warisi harta sebab bukan orang sini bukan bumiputra
jadi.... di buat satu undang undang kerajaan negeri boleh bagi status bumiputra kat individu tertentu
untuk bolehkan warisi harta kerabat tu.....

tapi undang undang ni telah di salah gunakan
seorang tauke cina telah diberi taraf bumiputra
habis tanah tanah paya rizab melayu di beli di tambak di buat shoping complex

atas kerisauaan hilangnya tanah melayu
menteri pertanian ini di hantar balik ke negeri kelahiran
untuk menyelesaikan masalah demi masalah yang timbul

akan tetapi
menteri ini di tentang oleh orang-orang menteri kanan yang tak sebulu denganya
pelik kan?,menteri yang di hantar perdana menteri,di tentang orang timbalan perdana menteri
naik tocang timbalan tu,tunjuk kuasa

akan tetapi,si menteri pertanian ni di lantik jugak jadi menteri besar,atas perkenan ke bawah duli tuanku sultan
sepanjang mentadbir kedah
beliau memberi perhatian kepada masjid
beliau bukan la jenis penceramah atau pendebat
tapi lebeh memberi idea yang revolusi, yang orang tak berfikir boleh tak terima
si menteri besar ini tak mendapat kerjasama orang bawahanya
di sebabkan orang bawahan ni orang timbalan perdana menteri

menariknya dasar dasar beliau
kalau kita lihat,perhati dengan betul
menguntungkan parti lawan,bukan menguntungkan parti beliau
dasar beliau bukan lah pula mematikan menfitnah kan parti lawan
tapi kalau di fikir fikir balik,beliau sebenarnya menunjukan kebaikan keelokan
beliau tak layan parti lawanya sebagai parti musuh
tapi sebagai parti saudara yang terpisah sementara
seperti kata kata beliau yang saya petik
"di kedah tak pa la PAS menang,kita masuk dia dia masuk kita"

memerli
beliau perli dengan cukup sinis
jalan pokok sena jem sejemnya
maklumla,jalan pokok sena dua lorong ja
satu p satu mai balik

perli dengan anjurkan pertandingan ratu cantik haiwan
lembu kambing
hahahaha
sapa dia perli
dia perli pertandingan ratu cantik kat kulompoq
seburuk buruk orang yang dedah aurat kat kulompoq tu masuk pertandinagn ratu cantek
depa lagi baik sebab depa pakai baju,yang kambing lembu ni tak pakai baju

rasanya tu lah satu satunya pertandingan ratu cantik haiwan yang pernah di buat di kedah
expo pertanian yang cukup besar
sambutan tip top dari orang kedah
bijak kan?

beliau memerli dengan cukup berhemah
cantas ranting yang ada ulat,bukan tebang pokok

banyak sungguh idea idea bijak beliau
beliau berfikir dengan cukup mendalam
dan beliau tegas dengan pendirian

KRUmania
KRU nak buat konsert
beliau sebagai menteri besar melarang diadakan di kedah
melenting timbalan perdana menteri
arahkan suruh benarkan
masa ni,timbalan perdana menteri jadi pemangku perdana menteri
si menteri besar jawab dengan tegas tak benarkan jugak
saya sokong menteri besar ni

bagaimana seorang syeikh,yang kononnya ada latar belakang agama yang tinggi
benarkan konsert yang lagha saia sia
pelik betui saya pikir masa tu,ish ish.....

dan akhirnya selepas pemilhan dalam darjah,walaupun parti menteri besar ni menang
menteri besaq ni letak jawatan
sebab majoriti menang berkurangan
dan mungkin x dapat kerja sama nak perintah negeri

tapi saya amat amat mengagumi bekas menteri besar ni
memang dia pun ada yang buat salah
tapi dia ada idea yang bernas dan berkesan dan nampak kesannya sehingga kini iaitu kelapa muda

masa panjat pokok nyoq,sebenarnya susah nak agak mana satu yang betui2 nyoq muda
dengan nak pulas lagi,nak agak berat tak berat,nak tengok kalar
beruk jugak yang terer
sebab beruk tu ada ilmu tau mana nyoq muda mana nyoq tua

tapi kalau lebeh sikit dari petik nyoq,beruk dah x tau
manusia jugak yang cerdik nak manipulasi kegunaan nyoq
tapi syaratnya manusia tu ada ilmu dan pendidikan


perlunya ilmu dan sangat penting ilmu bila menilai
menilai mana nyoq muda
menlai apa nak di buat dengan nyoq muda
menilai mana pemimpin yang boleh pakai
tapi bagi saya
ada satu tips nak tau pemimpin yang tak boleh pakai
"dia cakap meletup letup letup,dia suka salahkan orang,dan dia terlalu cakap banyak,bila berceramah dia selalu kondem orang dan gelakan orang,dia tak ada kelulusan dalam bidang yang dia cakap,tak nampak apa hasil dari usaha dia dan dia selalu bohong"

bekas menteri besar itu ialah sanusi junid
beliau ada pendidikan akademik yang diiktiraf
mempunyai latar belakang agama yang baik

timbalan perdana menteri itu adalah lulusan sastera universiti malaya,hebat perpidato

memetik kata kata syeikh abdullah awang sa
dia pantang la orag utara cakap kl
"ni air ape ni,air kelape ke?,air kelape ek,letak nyoq banyak-banyak ye"
hahahahahaha,kami pakat gelak ramai ramai


sekian tuan dan muda

Monday, July 9, 2012

sorak gelak tepuk

besorak,gelak dan tepuk tangan

pernyataan tanpa fakta yang saheh adalah fitnah
pernyataan tanpa fakta yang saheh pulak digunakan untuk membenci satu pihak
lebih teruk lagi,satu pihak tu beragama islam
benci dia tuan tuan,dia zalim dia kejam
zalim dan kejam tanpa ada bukti kukuh

penonton bertepuk tangan,gelak,mengejek ejek

tuan tuan dan puan puan

berhati hati lah kita bila bercakap
kita mengucapkan perkara tanpa fakta yang mengakibatkan orang membenci orang yang kita tuduh
dan perkara itu berterusan,sampai kita masuk liang kubur,nauzubillah....

orang pegang kata kata kita,yang kita ucapkan,menyebarkan pula pada orang lain,orang lain pula menyebarkan pada orang lain,menyebarkan pula pada orang lain......

fitnah yang kita ucapkan berterusan,beterusan,berterusan,berterusan,berterusan

banyak sungguh pahala kita

perlunya kita berilmu
kerana kita perlu menilai fakta
mencari kesahehan fakta
mengira tambah tolak pengiraan angka

orang yang tidak berilmu dan tidak berfikir
menerima khabar sebulat bulatnya,percaya,sebar,hebah

saudara dan saya adalah saudara seislam
orang mukmin itu adalah cermin kepada mukmin yang lain
http://terra-incognita-simenfero.blogspot.com/2011/08/cermin-saya-dan-kamu.html
malunya.......

ringkas kata kalau tak pandai
lebeh baik diam

walaupun tak cakap
walaupun x dengar suara
diam tu sangat2 baik dari mengulas benda yang kita tidak tahu

Sunday, July 8, 2012

biola

orang kata

orang dulu dulu ramai pandai main biola

main biola ni unik
pakai jari,pakai pengesek,pakai dagu
bunyi biola pun menarik,menusuk kalbu

hari tu p pasar malam taman lobak
ada pakcik tua
men biola
dok atas kerusi roda

biola tu nampak dah lusuh
tapi dari gaya pakcik ni men
memang dia ni expert

dari ayaq muka dia
nampak dia macam tgh susah
lagipun,x penah nampak dia kat pasar malam tu
saya pun bagi sikit sumbangan

hebat sungguh pakcik tu men biola

stedium

kedah kalah 2-0 dengan nogori

saya p stedium sabtu hari tu

saya suka p stedium
jalan jalan loq staq
drive sorang sorang kat hi way
menyanyi kuat dalam kereta

sebenarnya kalau boleh p stedium puas
boleh jerit tengok orang men bola
puas tang menjerit
kalah menang belakang kira

hari tu 1st time dok grand stand
ada bumbung
kalau grand stand tandas pun elok sikit
surau pun ada
len kali nak dok grand stand lagi

dari sp keluar pukui 6.30
sebenarnya x suka naik tol sp utara,tah mcm mana p ikut jalan tu
selalunya ikut sp selatan
keluar sampai hospital baru jem subhanallah

saya jadi jahat,potong jem ikut belakang ambulan,
saya kaleh belakang kot2 ada kreta ikut
sebijik kreta pun x ikut
malunya.... mesti kreta2 len dok mengata2 saya,adoi

naik hiway kereta punya banyak,x tau pasai pa
singgah RnR gurun semayang,sampai x dak parking,parking tepi2 jalan
masa kat surau orang punya full

masa tunggu orang habeh solat,ada pakcik sorang ni solat sunat kat bawah
lepas tu dia pegang tangan saya,dan cakap something
macam bunyi nya "sat ni nnt jaga belakang orang gostan"
macam suruh jaga jangan orang gostan kena dia kot
tapi saya x semayang lagi
saya dok jawab "ya" "ha"

ada ruang kosong saya semayang kat atas
habeh semayang saya nak p ambik selipar,tengok pakcik tu ada kat tempat kasut
dok baca quran depan tabung
tabung apa saya x sure
baru tepikiaq,tadi mungkin dia nak suruh saya derma kot
saya x derma,sebab x sure tabung tu untuk apa

sambung drive p aloq staq,menanyi sorang sorang dalam kreta
samapi stedium 8.30,parking,beli teket,
orang x ramai,naseb baik
tengok bola telompat,jerit sorang2,mesti orang tgk pelik
kat grand stand penonton berhemah sikit,kurang mejerit2

walaupun kalah,puas hati
dapat tengok sendiri macam mana kalah

nanti saya mai lagi,bye bye aloq staq