Wednesday, July 6, 2011

skodeng blog

tadi saya terjumpa satu blog

seorang kolonel TUDM
macam macam la dia tulih
dalam macam-macam tu ada satu posting menarik

dia cerita pasal anak dia
hafeez
di pendekan cerita hafeez ni mengaji di saudi dalam bidang agama

ayah si hafeez penulis blog ni cerita pasal hafeez
dia tulis dia tau hafeez ni suka kat sapa
hafezah namanya
kenalan masa hafeez mengaji kat kedah
kalau hafez ni balik kedah katanya,punya la banyak buah tangan dari family hafezah ni kirim
nak tunjuk betapa rapitnya keluarga depa dua ni

si hafezah mengaji kat UM dalam bidang Kejuruteraan Genetik
rapitnya si hafezah ni dgn family kolonel ni
sampai buleh menumpang di rumah family kolonel ni seminggu masa tunggu konvo

al kesah
al kesah ada orang masuk meminang hafezah
keluarga hafezah dah serba salah
masing-masing keluarga tahu hafezah dan hafez berkawan

rasanya sampai sini,saya x layak salin balik apa yang ss ayah tulis denagn penuh perasaan terhadap perasaan yang di alami anakanya
jadi saya copy paste ayat original dari bloq tuan kolonel ni

Mungkin jodoh Hafeez bukan dengan Fizah. Fizah telah tamat belajar, ada ijazah, dan telah bekerja. Lagi pun dia cantik dan lemah lembut budi pekertinya. Pastinya ramai jejaka yang berminat kepadanya. Bila ada yang merisik, pastinya kedua ibu bapanya menjadi serba salah. Hafeez ada tiga pilihan sahaja. (1) pinang Fizah and nikah- isu: Hafeez lama lagi nak abis belajar, 5 tahun lagi, belum ada pendapatan, siapa nak tanggung isteri nanti? (2) bertunang dulu minta Fizah tunggu hingga dia tamat belajar di Saudi - adakah Fizah sanggup tunggu begitu lama? kesian dia dan unfair kepada keluarga dia. (3) tinggalkan Fizah supaya dia diberi peluang untuk membuat pilihan kehidupan. Selepas mengambilkira semua kesan positif dan negatif, dan diberi nasihat sewajarnya, akhirnya Hafeez mengambil alternatif ke 3. Parah juga aku dengar, tapi alhamdulillah tak lama, dia mula dapat menerima hakikat.
Aku mendoakan Hafizah bahagia dan juga berdoa SEMOGA Hafeez akan menemui jodohnya yang hakiki


kesian hafeez
tapi hafez matang buat keputusan
macam dalam cerita "Ram Pom Pom" kat astro prima
ada kata-kata hikmah paling terkesan dalam satu scene
"kalau betul-betul dia mencintai seseorang tu,dia mencintai seseorang tu demi kebahgian diri orang yang di cintainya tu"

~hafeez berkorban lepaskan hafezah~

No comments:

Post a Comment