Pada dua tahun yang lepas
Pada 2009
Pada hari jumaat
pada tarikh yang tersebut
sahabat seislam kita arwah Mohd Ariff Abdul Kadir,ibu dan bapanya,serta sahbat ariff yang juga jurugambar majlis nikah telah meninggal
akibat dari tayar kereta mereka pancit
terbabas langgar bas dari jalan bertentang
baru ja 3~4 jam bernikah
jodoh setakat tu ja
Pengantin perempuan tu nama Teh Afifah Shahirah
Penah sembang dengan kawan opis
nama shahirah jugak
rupa rupanya si teh afifah shahirah ni satu sekolah dengan kawan opis
cuma muda dua tahun
katanya orangnya lemah lembut
Sedikit latar belakang
Teh Afifah Shahirah
masa kejadian umurnya 23 tahun
Study kat New Zealand
ex ASMA alor star
Bapannya nama Abdul Hamid
Sedikit latar belakang
Mohd Ariff Abdul Kadir
Study kat UK
masa kejadian umurnya 23 tahun
Balik sini jadi Jurutera Pengajar kat UNIMAP perlis
Kejadian berlaku pukul 1.05 tgh hari lebeh kurang
Semua penumpang,pemandu kereta pengantin maut
Ada kesah menarik disebalik kejadian tersebut
cerita tentang keluarga dan jiran masing-masing pengantin lelaki dan perempuan
Pengantin lelaki
dok cari-cari berita pasal pengantin laki ni kat blog
terjumpa seorang bekas jiran kepada penagntin laki
tulis pasal kisah kemalangan ni
bekas jiran ni cerita
dia tekejut bila dengar cerita tu
terus bekejar p bekas taman lama dia dulu
sampai ja kat sana tengok jiran-jiran dah siap uruskan semua
segala-gala jiran urus kan
kata si bekas jiran ni
kat taman tu mmg semangat kejiranan kuat
jiran ni cerita kesah dia
dulu anak dia penah tekena cermin sliding door
bedarah,cermin pecah
jiran yang kalut-kalut nak hantar p hospital
balik dari hospital
tengok rumah dah siap jiran bersihkan
darah-darah jiran dah mop,
kaca-kaca sliding door dah jiran siap sapu semua
baik sungguh jiran-jiran
Pengantin perempuan
dulu ada dapat link blog kakak si teh afifah shahirah ni
cikgu mengajar di sabah rasanya
saya baca blog dia sampai habis
ada la kisah dia ceritakan pasal kejadian kemalangan tu
katanya teh afifah bisik kat telinga dia,rindukan arwah
yang menarik adalah
ada satu entry kakak teh afifah shahirah ni
ceritanya pasal ayah depa
betapa sayangnya ayah depa ni kat teh afifah dan kakak-kakak dia
setiap hari masa rehat kerja p ambik anak kat sekolah
mandikan,sikat kan rambut,dan suapkan makan sorang-sorang
macam anak burung
kagum sungguh saya dengar
saya sentiasa ingat kisah teh afifah shahirah ni
saya ingat bukan sangat sebab kesah sedeh kemalangan
tapi lebeh kepada kesah disebalik dari kemalangan tersebut
yang menarik selalunya bagi saya bukan tajuk utama
yang menarik selalunya kesah di sebalik kesah utama
sentiasa ingat
dan di bawah
saya sediakan link salur U
satu kesah berita kemalangan tu di TV3
kedua kesah kenduri yang di teruskan sebagai majlis tahlil
yang kedua menarik
nampak sangat sebab apa kawan opis cakap teh tu lemah lembut
ayahnya pun cakap lemah lembut
dan saya dapat lihat wajah tenang ayah yang penyayang suap anak anak makan macam anak burung,walaupun anak anak dah besar panjang
~sekian~
video satu,pasal berita
video dua,interview dengan ayah teh
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment