Thursday, September 29, 2011

buku catit dan blog

dulu dulu
masasekolah rendah dan menengah saya ada satu buku catitan
rasanya ada lagi kot buku tu

tempat saya luahkan perasaan
saya ni agak keseoranagan
kakak2 jauh beza umur,semua dok asrama

abang pulak tidak lah rapit dgn saya
jadi saya selalu luahkan perasaan kat buku catit

sepenuh hati dan perasaan saya menulis
susah hati saya ambik baca balik
saya ada hubungan yang kuat dengan penulisan saya tu
bila baca balik terawang-awangan layan perasaaan

la ni ada blog
saya tulis blog dengan penuh perasaan
saya suka baca balik bila susah hati
sebab tulisan yang saya tulis di blog saya tulis dengan penuh perasaan
ada pertalian yang kukuh antara saya dan blog

menulis dan membaca
satu anugerah,
mulianya tugas guru
ajar anak bangsa menulis dan membaca

saya menulis untuk luahkan perasaan
sebab saya tak ada teman yang betul-betul rapat untuk saya kongsi semua

saya bersahabat dengan tulisan dan buku

~sekian~

Saturday, September 10, 2011

nampak nilai harga dan terima

terima nampak nilai dan harga

terima
kita ada sebuah motosikal
orang lain ada kereta
tak apa la
rezeki masing-masing
dulu sebelum beli moto tu banyak lagi moto di pasaran yang hebat-hebat
tapi moto tu jugak di pilih
ada sedikit sebanyak kekurangan
ada jugak kelebihan
tapi kita terima moto tu seadanya

nampak
moto tu cukup berjasa
pergi sekolah
pergi kuliah universiti
pergi temuduga cari kerja
pergi balik tempat kerja cari rezeki
nampak berjasa kan
moto pun makluk tuhan

nilai
cukup bernilai
moto itu la satu-satunya pengankutan
kalau di biarkan tengah panas x sampai hati
kalau di biarkan tengah hujan pun tak sampai hati
kalau hujan pun kawan ajak balik dengan kereta,saya tolak
sebab saya tak mau tinggalkan moto saya di pejabat
kesian dia

harga
cukup beharga
walaupun kalau ikut pasaran tak mahal
tapi kalau orang mintak beli mesti tak mau jual
sebab harga sayang saya kepada moto mustahil orang mampu bayar

tak nampak selepas nampak
ada setengah orang
bila ada kereta dah tak nampak moto
"moto tu mana ada bumbung,leceh la moto tu"
dah tak terima moto tu seadanya
tak nampak dan kelebihan,nampak kekurangan saja

tak ada nilai setelah bernilai
selepas ada kereta,moto dah tak bernilai
di biar tengah panas
di biar tengah hujan
moto tu bukan lagi pengankutan utama
maklumlah dah ada kereta,lebih selesa
moto tu mungkin dah jadi macam besi buruk

tak berharga sesdudah berharga
dah sampai masa
bila ada yang lebeh elok
moto yang dulu sangat berharga,amat rendah harganya
sebab sudah tak ada kaseh sayang pada moto tu
kaseh sayang lebeh kepada kereta
dalam otak dah bercadang nak jual
dapat 1000 pun jadi la
hilang kaseh sayang kepada moto jadi moto dah jadi hanya besi buruk
di nilai harga berdasarkan besi,bukan kaseh sayang

tak terima setelah diterima
tak boleh dah pergi kerja naik moto
kena naik kereta
merungut-rungut moto tu semput
panas
hujan
dah tak boleh terima naik moto
kereta kan selesa

siapa nampak siapa
siapa yang ada nilai kepada siapa
siapa yang ada harga
siapa yang terima siapa

jaga-jaga
moto pun makhluk tuhan
ada hati dan perasaan

sebenarnya moto tu dah lama tak nampak kamu
sebab kamu dah abaikan moto tu selepas kamu ada kereta

sebetulnya kamu dah tak bernilai kepada moto tu
sebab kamu dah jadi bukan tuan yang baik

sepatutnya kamu sudah tidak ada harga
sebab kamu tak meghargai moto yang banyak berjasa kepada kamu

sebetulnya
moto tu dah terlebih dahulu tak terima kamu sebagai tuannya sebelum kamu tak terima moto kekurangan moto tu

nampak nilai harga dan terima
semuanya berkenaan kaseh sayang
ada kaseh sayang benda tu cukup beharga,bernilai kita nampak jasa benda tu dan jugak kita terima benda tu seadanya

ada kaseh sayang,tapi dah pudar
sebab ada benda yang lebeh elok dan selesa

hilang la kata-kata
"saya sayang.... sangat2 moto saya ni"

kaseh sayang tu satu ikatan yang amat kukuh
kalau orang tanya kita
"awak sayang saya tak?"
susah nak jawap
sebab sayang tu unutk di nilai
bukan unutk di ucapkan

kukuh atau tak kaseh sayang tu buleh di nilai
yang lama berjasa,pudar
yang baru elok,begaya
kaseh sayang yang kukuh akan nampak dan tak akan lupa
kaseh sayang main-main akan lupa dan tak nampak

beza mengucap sayang dan beza menilai tanda sayang
selalunya yang mengucap mudah lupa sebab tidak menilai
selalunya yang menilai sentiasa ingat sebab dia menghargai kaseh sayang

saya menghargai kaseh sayang yang moto saya berikan kepada saya
satu-satunya pengankutan saya dari tingkatan 4

gambar cik kiah bersma moto kesayangan pak sunya
gambar di ambil ketika cik kiah berumur 2 tahun
setia menanti pak su di petang hari,sebab nak round round naik moto



~sekia~

Tuesday, September 6, 2011

masalah dan bulatan

dulu-dulu

masa study kat universiti
ambik subjek elektif
subjek telekomunikasi "analisa rekabentuk dan rangkaian"
subjek tak menarik,penin kepala
pensyarah yanag menarik

bukan pensyarah pompuan yang cun
tapi pensyarah lelaki yang penuh dengan kata hikmat
nama saya tak ingat
yang saya ingat rambut cacak-cacak
pensyarah jemputan dai uitm

pensyarah ni bukan saja mengajar subjek
tapi jugak cerita tentang keadaan sekeliling dan isu semasa
macam mana dia buleh cerita dia gaji 3k pun maseh kena jimat,masa tu tahun 2004 kalau x silap
sekarang dah 2011,apa la sanagat nilai gaji 3k

seronok dengar dia becakap
bila orang becakap dari hati
kita tengok ayer muka dia
tenang ja
dan dapat rasakan setiap perkataan yang dia luahkan

beza bulatan dan empat segi
dalam bahasa orang puteh round and square
dulu-dulu ada tengok drama
1st time dengar orang guna perkataan square dalam mengambarkan seseorang

"ala u ni,jangan la square sangat"
dialog tu keluar dari pelakon sebab hasil dari tak puas hati si pelakon watak terhadap watak seorang lagi
sebabnya si penerima perkataan itu tak sosial sangat
keluarnya perkataan "square" tu sebab nak mengambarkan jumud sangat atau baik sangat,buat dosa sikit pun takut

bulat pulak
"u ni all rouder la"
nak mengambarkan orang tu serba boleh
sebab tu panggil all rounder

tepikir - pikir
sebab apa orang guna perkataan bulat(round) dan empat segi(square)
setelah menggunakan konsep fizik
saya bayangkan
air yang mengalir dalam bulatan akan sentiasa mengalir jika kita memusing musing kan bulatan tu
air dalam squre pulak akan sentiasa tersangkut-sangkut sebab ada bucu dan mungkin tak mengalir

bulatan tu lancar berjalan berterusan
square tu ada had dan batas

yang tu la saya paham

berbalik kepada pensyarah saya yang bijaksana
antara kata-kata dia yang terkesan
lebeh kurang maksudnya macam ni la
kita tak buleh tengok saja kalau kawan sahabat adik beradik malah orang asing sekalipun kalau depa hadapi masalah

pensyarah tu bagi perumpaaan
masalah tu macam bulatan
lambat laun akan sampai juga kat kita
lambat atau cepat ja

contoh
anak kampung sebelah ada masalah penagihan dadah
kita buat tak tau
"biaq p la budak kampung depa"
lambat atau cepat
kemudian masalah tu akan datang dan tersenyum pada kita
"dulu kamu abaikan sedara kamu,sekarang saya datang hinggap kat kamu"

mungkin yang dikatan masalah tu datang kat kita adalah
anak kampung sebelah si penagih dadah tu curi moto kita
atau lebih teruk,dia pengaruhi anak kita pulak menagih dadah

itu anak kampung sebelah
inikan pula lagi adek beradek dan darah daging kita
kalau adek beradek dan darah daging kita amat lah tak betul kalau kita tak tolong

masalah dan bulatan
buang bulatan
tinggal masalah

masalah sebenarnya tak berkait dengan bulatan
buleh jugak jadi,masalah orang lain tak berjangkit dengan kita
tapi mana mungkin kita melihat orang lain bermasaalah
sedang kita senang lenang

tolong la sekadar mampu
kalau tak mampu menolong
bagi kata-kata semangat

~masalah tu perisa hidup kot~