Thursday, March 31, 2011

Khamis

saya lahir hari khamis
pagi khamis 7 jamadilawal 1401

hari khamis disunat kan posa
dah lama x posa
minggu-minggu lepas badan x sihat
tekak kering
hari ni buleh stat balik posa

posa
apa itu posa
menahan lapar dan nafsu
disiplin

x sapa pon tau anda betul-betul posa melainkan anda dan tuhan
bule saja anda teguk air senyap-senyap
bila orang tanya,anda cakap posa

posa zaman kanak-kanak
x dak masalah kot
sebab saya kurus
teringat arwah tok wan din
selalu 1 syawal pagi-pagi mesti arwah datang rumah dulu

"adik posa penuh dak", "dia posa penuh..." "orang kuruih x pa senang posa"

menarik
tok wan din ni penyokong tegar pas
tapi dia bule pulak becampur dgn orang-orang bukan pas
baik pulak tu
teringat bila dia berdebat pasal mat sabu kena tangkap khalwat
tersenyum saya dengar kat dapur,macam lawak la pulak

yang sengkatan dengan tok wan din ni pakcik fadhil
penyokong pas tegar tapi baik,
rapit dengan family saya
siap ada sekali tu orang telefon bila dia mai ziarah rumah
dia siap bule cakap mcm ni "aku kat rumah adek beradek aku sat"
oih,tengok tu,orang islam bersaudara

islam bukanlah hak milik sesiapa
walaupun nama anda parti islam
x semestinya hukum perbuatan anda selari betul dengan ajaran agama islam
parti buleh buat silap dan kadang-kdang mungkin juga sesat
jangan terlalu fanatik,
fikir dan nilaikan elok-elok setiap perbuatan dan perkataan pimpinan parti
jangan ikut sahaja

islam
malaysia negara islam
ada orang kata malaysia negara sekular
menariknya minggu lepas masa drive p bangi,dengar radio ikm
panelist tu cakap
dalam perlembagaan x tulis sepatah habuk pun perkataan sekular
eh terdetik,betui jugak
yang ada cuma islam sebagai agama rasmi
dah agama rasmi islam,jadi negara islam la
jangan karpal singh saman aaaaa,malaysia negara islam fullstop

lagi 4 bulan kita nak posa
di agakan akan posa 1 ogos

seronok betul bulan posa
buleh solat taraweh jemaah
beli juadah kat pasar ramadan

bulan posa saya rasa udara pun lain macam
orang x senyum pun saya nampak macam senyum
hahaha,istimewa sungguh

harap-harapnya di panjang kan umur dapat berposa tahun ni
mintak maaf salah silap kawan-kawan kalau umur x panjang x sempat minta maaf
jangan takut kawan-kawan x dak dosa dengan saya
salah silap hutang semua halal

minyak

selalu saya ingat
stesen minyak shell jalan telawi bangsar

selalunya kalau p beli barang kat maiden jalan TAR
balik singgah mesjid bangsar
solat jap,baca quran sikit

sejuk mesjid bangsar,sbbnya dia tinggi sikit
pengudaraan angin bagus
nyaman dan mendamaikan

isi minyak jap,selalunya petronas jalan telawi x pun shell
jangan petronas kat teluk panglima garang suda
bagi RM50 cakap isi penuh
nak mintak belen dia cakap x ingat kita bagi berapa
mentang2 naik moto dia ingat kita ni tipu
hampes

shell jalan telawi
hari tu banyak pulak keta spot
BM la,merc la
tiba2 ada sebijik moto kriss celah-celah tu nak isi minyak

dalam hati,uih segan nya semua keta besaq2 mahai2
dari jauh nampak tuan kedai minyak,chinese dalam umo 40 kot
ramahnya mmg bagus layan customer

tepikir pulak,nnt sy p kaunter ni ada ka dia layan macam orang naik keta mahai2 tu
dengan selamba masuk pakai helmet
uish tekejut,cara tuan kedai tu sapa,senyum layan,sikit pun x beza dari orang naik keta spot
terharu saya

2 ringgit uncle.

matahari

senyum seindah suria atau suria seindah senyuman

pagi2 saya kena tengok matahari
masuk opis saya akan buka tirai
saya x suka gelap
biar panas sikit x apa asalkan nampak matahari

ada satu hari pagi mendung
matahari samar-samar
saya kurang semangat sebab x nampak matahari

masuk ja loby opis makgad bagi salam
saya senyum kat mak gad jawab salam

naik lif, dari jauh nampak opis mate,tapi ambik masa nak cam sebab saya silau
tersenyum opis mate kat saya
terdetik,eh ada matahari hari ni

senyum seindah suria atau suria seindah senyuman
dua-dua makhluk tuhan
tapi sebaik-baik ciptaan adalah manusia

semestinya suria seindah senyuman
tersenyum

Wednesday, March 30, 2011

motosikal

hari ni pagi-pagi bukak fecbuk.
ternampak kawan komen mengutuk-ngutuk moto dia.
sebabnya, dia tolak moto dari tol jalan dota sampai ttdi.
enjim jem katanya.

adoi.
sebak hati saya.
macam-macam dikutuk motonya.
sampai hati.

saya pun naik moto.
saya sayang moto saya.
walaupun keadaan moto saya tak tip top.
tapi saya selesa naik moto saya.
dengan moto tu la saya p sekolah,p kuliah,p interview cari kerja,p kerja.

sy pun penah tolak moto saya,jauh jugak jaraknya,balik rumah sampai lenguh kaki. tapi jangan la sampai mengutuk-ngutuk menyumpah moto sendiri.

jangan la suka merungut dan meyumpah-nyumpah.
syukur dengan apa yang ada. kalau tak suka baik lagi diam dari merungut.