Tuesday, September 6, 2011

masalah dan bulatan

dulu-dulu

masa study kat universiti
ambik subjek elektif
subjek telekomunikasi "analisa rekabentuk dan rangkaian"
subjek tak menarik,penin kepala
pensyarah yanag menarik

bukan pensyarah pompuan yang cun
tapi pensyarah lelaki yang penuh dengan kata hikmat
nama saya tak ingat
yang saya ingat rambut cacak-cacak
pensyarah jemputan dai uitm

pensyarah ni bukan saja mengajar subjek
tapi jugak cerita tentang keadaan sekeliling dan isu semasa
macam mana dia buleh cerita dia gaji 3k pun maseh kena jimat,masa tu tahun 2004 kalau x silap
sekarang dah 2011,apa la sanagat nilai gaji 3k

seronok dengar dia becakap
bila orang becakap dari hati
kita tengok ayer muka dia
tenang ja
dan dapat rasakan setiap perkataan yang dia luahkan

beza bulatan dan empat segi
dalam bahasa orang puteh round and square
dulu-dulu ada tengok drama
1st time dengar orang guna perkataan square dalam mengambarkan seseorang

"ala u ni,jangan la square sangat"
dialog tu keluar dari pelakon sebab hasil dari tak puas hati si pelakon watak terhadap watak seorang lagi
sebabnya si penerima perkataan itu tak sosial sangat
keluarnya perkataan "square" tu sebab nak mengambarkan jumud sangat atau baik sangat,buat dosa sikit pun takut

bulat pulak
"u ni all rouder la"
nak mengambarkan orang tu serba boleh
sebab tu panggil all rounder

tepikir - pikir
sebab apa orang guna perkataan bulat(round) dan empat segi(square)
setelah menggunakan konsep fizik
saya bayangkan
air yang mengalir dalam bulatan akan sentiasa mengalir jika kita memusing musing kan bulatan tu
air dalam squre pulak akan sentiasa tersangkut-sangkut sebab ada bucu dan mungkin tak mengalir

bulatan tu lancar berjalan berterusan
square tu ada had dan batas

yang tu la saya paham

berbalik kepada pensyarah saya yang bijaksana
antara kata-kata dia yang terkesan
lebeh kurang maksudnya macam ni la
kita tak buleh tengok saja kalau kawan sahabat adik beradik malah orang asing sekalipun kalau depa hadapi masalah

pensyarah tu bagi perumpaaan
masalah tu macam bulatan
lambat laun akan sampai juga kat kita
lambat atau cepat ja

contoh
anak kampung sebelah ada masalah penagihan dadah
kita buat tak tau
"biaq p la budak kampung depa"
lambat atau cepat
kemudian masalah tu akan datang dan tersenyum pada kita
"dulu kamu abaikan sedara kamu,sekarang saya datang hinggap kat kamu"

mungkin yang dikatan masalah tu datang kat kita adalah
anak kampung sebelah si penagih dadah tu curi moto kita
atau lebih teruk,dia pengaruhi anak kita pulak menagih dadah

itu anak kampung sebelah
inikan pula lagi adek beradek dan darah daging kita
kalau adek beradek dan darah daging kita amat lah tak betul kalau kita tak tolong

masalah dan bulatan
buang bulatan
tinggal masalah

masalah sebenarnya tak berkait dengan bulatan
buleh jugak jadi,masalah orang lain tak berjangkit dengan kita
tapi mana mungkin kita melihat orang lain bermasaalah
sedang kita senang lenang

tolong la sekadar mampu
kalau tak mampu menolong
bagi kata-kata semangat

~masalah tu perisa hidup kot~

No comments:

Post a Comment