Monday, August 15, 2011

cermin saya dan kamu

seorang mukmin itu adalah cermin bagi seorang mukmin yang lain

pagi-pagi kita tengok cermin
atau cermin tengok kita

sifat cermin memantulkan imej
sikit pun tak tipu
pantulkan apa yang ada seadanya
sama sebijik
macam ikhlas pulak cermin tu
kalau buruk buruk la
kalau elok elok la

begitulah juga mukmin dengan saudara mukminya
seorang mukmin itu adalah imej pantulan seorang mukmin yang lain
bukanlah imej rupa bentuk muka yang sama
tapi lebeh kepada akhlak cara berpakaian
sepatutnya adalah mukmin itu mempunyai satu imej yang sama

jika saya melihat seorang mukmin yang tidak sama imejnya dengan saya
buleh jadi saya cermin yang melihat atau saya yang melihat cermin

kalau saya melihat cermin
yang mana satu betul,imej yang saya lihat atau diri saya yang tak sama dengan imej dalam cermin itu

kalau saya sebagai cermin melihat orang yang melihat saya
sayangnya,saya tak berupaya memantulkan imej yang sama dengan orang yang melihat saya

cermin saya dan kamu
saya dan kamu bukanlah cermin
tapi kita memantulkan imej kita masing-masing terhadap orang lain
orang lain melihat kita sebagai mukmin
sepatutnya kita mempunyai imej yang sama
dan seelok seeloknya imej yang kita paparkan itu
adalah imej yang baik-baik

jikalau saya melihat kamu baik
maka perlulah saya menjadi baik seperti kamu
sebab kamu adalah cermin mukmin saya
mustahil saya mengubah imej di cermin
hanya satu pilihan
imej saya mestilah sama dengan imej paparan yang baik dalam cermin itu

jikalau saya melihat kamu buruk
mustahil saya dapat mengubah imej cermin tersebut
kerana imej itu memaparkan imej si penghadap cermin
mungkin ada yang buruk dalam diri saya yang saya tak sedari
baiklah saya ubah yang buruk dalam diri saya menjadi baik

dengan harapan
apabila saya menghadap cermin kelak
saya dapat melihat imej yang elok baik budi pekerti

kadang kadang kita tak sedar keburukan diri kita
kecuali ada orang menegur kita

~terima kaseh cermin~

No comments:

Post a Comment