Friday, August 26, 2011

mimpi inovasi

malam tadi mimpi
orang kata mimpi mainan tidor

tapi malam tadi mimpi benda yang inovatif
ohoi

Wednesday, August 17, 2011

lengang laman masjid

apa kamu kata atas ini mayat
baik....
apa kamu kata atas ini mayat
baik....
apa kamu kata atas ini mayat
baik....

semalam p semayang taraweh kat masjid sungai limau
masa sampai imam dah rakaat kedua isyak
tapi peliknya laman masjid lengang
tak dak budak lari-lari

rupa-rupanya
ada mayat saudara kita
jenazah tu depa letak kat belakang sementara tunggu habis solat isyak

saya masuk lambat rakaat kedua
tapi memang bajet depa akan solat jenazah lepas isyak

jadi lepas ja solat isyak,cun2 saya habiskan isyak pas imam doa
sempat la solat jenazah unutk saudara kita

masjid sungai limau ada kubur
selalunya masjid lama-lama ada kawasan kubur
sekarang ni ja kawasan kubur jauh dari masjid

solat di masjid ada kubur ada baiknya
sentiasa nampak kubur kiri kanan bila kita solat
insaf la sikit
sebab tu saya suka solat jemaat di masjid kampung cina
nampak kubur
rasa insaf dan tenang hati
otak tak pikir ke lain sangat

malam semalam specel
selalu nampak kubur ja
malam semalam nampak jenazah dan kubur

rapat-rapat.....
habis...
jenazah lelaki

Monday, August 15, 2011

cermin saya dan kamu

seorang mukmin itu adalah cermin bagi seorang mukmin yang lain

pagi-pagi kita tengok cermin
atau cermin tengok kita

sifat cermin memantulkan imej
sikit pun tak tipu
pantulkan apa yang ada seadanya
sama sebijik
macam ikhlas pulak cermin tu
kalau buruk buruk la
kalau elok elok la

begitulah juga mukmin dengan saudara mukminya
seorang mukmin itu adalah imej pantulan seorang mukmin yang lain
bukanlah imej rupa bentuk muka yang sama
tapi lebeh kepada akhlak cara berpakaian
sepatutnya adalah mukmin itu mempunyai satu imej yang sama

jika saya melihat seorang mukmin yang tidak sama imejnya dengan saya
buleh jadi saya cermin yang melihat atau saya yang melihat cermin

kalau saya melihat cermin
yang mana satu betul,imej yang saya lihat atau diri saya yang tak sama dengan imej dalam cermin itu

kalau saya sebagai cermin melihat orang yang melihat saya
sayangnya,saya tak berupaya memantulkan imej yang sama dengan orang yang melihat saya

cermin saya dan kamu
saya dan kamu bukanlah cermin
tapi kita memantulkan imej kita masing-masing terhadap orang lain
orang lain melihat kita sebagai mukmin
sepatutnya kita mempunyai imej yang sama
dan seelok seeloknya imej yang kita paparkan itu
adalah imej yang baik-baik

jikalau saya melihat kamu baik
maka perlulah saya menjadi baik seperti kamu
sebab kamu adalah cermin mukmin saya
mustahil saya mengubah imej di cermin
hanya satu pilihan
imej saya mestilah sama dengan imej paparan yang baik dalam cermin itu

jikalau saya melihat kamu buruk
mustahil saya dapat mengubah imej cermin tersebut
kerana imej itu memaparkan imej si penghadap cermin
mungkin ada yang buruk dalam diri saya yang saya tak sedari
baiklah saya ubah yang buruk dalam diri saya menjadi baik

dengan harapan
apabila saya menghadap cermin kelak
saya dapat melihat imej yang elok baik budi pekerti

kadang kadang kita tak sedar keburukan diri kita
kecuali ada orang menegur kita

~terima kaseh cermin~

antara jalan kampung dan jalan lebuhraya

beza memang berbeza

jalan kampung
kecik
gelap
bengkang bengkok
ada lembu lintas ikut dan
orang kona ikut dan
orang keluar simpang tak tengok kiri kanan

jalan lebuhraya
elok
luas
boleh bawak laju-laju
tak payah risau ada orang nak melintas tiba-tiba
tapi kena bayaq tol la....

kalau bawak moto atau kreta kat jalan kampung
penumpuan kena lebih
prihatin lembu dan manusia
sudah jadik kebiasaan orang kampung pakai keluar simpang tak tengok kiri kanan
jadi kena la aware lebeh sikit
ada orang kata
"kalau terberetuh bukan salah kita,salah orang yang keluar simpang tu la"
ada betui ada salah katanya tu
tapi baik lagi lah kita elak dari jadi kecekelakaan
sama-sama untung

kalau memandu di lebuhraya
tenang sikit,tekan minyak ja
cumanya kena bayar tol la
dan saman kalau telebih limit speed

apa yang penting bila memandu sila bertimbang rasa
ikut peraturan saja tak cukup
kena tambah timbang rasa
baru la harmoni kat jalan raya
selamat hari raya

terima kaseh di ucapkan kepada keta belakang
yang tak potong saya yang bawak moto ni dalam hujan lebat
hati mu sungguh mulia

sinar di celah moto

pagi-pagi cari parking

rohsia mencari parking moto adalah
dengan syarat adanya matahari menyinar

tengok dengan tajam
bezakan antara kawasan yang ada cahaya malap dan terang

tumpukan kawasan ada cahaya terang
pastikan keluasan cahaya terang
kalau luas kawasan cahaya terang tu
situ la ada satu tapak kosong untuk parking moto

mimpi bertemu

dah lama tak jumpa

semalam mimpi berjumpa
ada kenduri
jumpa masa kenduri,sembang-sembang

hilang rasa rindu
walaupun dalam mimpi

Friday, August 12, 2011

zakat dan gerak hati

semalam p semayang taraweh kat sungai limau
sebelum p taraweh bawak duit sepuluh ringgit dengan 5 ringgit
kot2 nak beli makan lepas taraweh

minyak moto pon dah kurang
lepas habis taraweh,tak jadi beli apa-apa pon
nak p isi minyak ja

dalam poket ada RM5 dengan RM10
ingat nak isi minyak pakai RM5 sekeping tu
tapi gerak hati p pakai RM10 sekeping

isi penuh,RM5.50 dapat balance RM4.50

pagi-pagi di opis baru teringat
hari ni dah stat kutip zakat kat masjid
lepas jumaat

selalunya saya bayar zakat awal
senang,tak kalut2 nak raya nnt
dgn anak-anak menakan balik
nak tolong beli tu beli ni

teringat orang nak kutip zakat
"alamak,ada ka duit pecah ni"
baru teringat balik
naseb semalam isi minyak pakai duit RM10 ringgit
ada duit pecah seringit-seringgit dan RM5

zakat kedah tahun ni sama tahun lepas,RM7 ringgit


kadang-kadang gerak hati ada sebabnya,walaupun kita tak terfikir hal tu

selain dari gerak hati ada satu lagi
kalau individu yang rapat dengan kita pesan jangan buat tu jagan buat ni
ada sebabnya,ada perhubungan kaseh sayang kita dengan individu tersebut
sebab seseorang tu kaseh dan sayang dan ambil berat kita
secara tak sengaja dia pun ada gerak hati unutuk kita
boleh rasa apa-apa yang x sedap nak jadi kat kita

magik kan

Wednesday, August 10, 2011

badminton dah berulang

setelah rasa nak demam malam tadi
pagi2 datang opis,saya dah ajak encek munir main badminton petang nnt

kalau nak demam musti kena keluar peluh siap2
langkah pencegahan x mau bagi demam

asalnya nak main petang
tiba2 main pukul 11 pulak

rupa-rupanya baru teringat
3 tahun lepas la saya main badminton pagi2
sebab masa tu free yang amat sgt

3 tahun yang berulang-ulang