Tuesday, October 11, 2011

apa nak buat

apa nak buat?

tak dak idea
ada satu ja cara terlintas di kepala
pikir2
baiklah buat usaha tu
harapnya berhasil
tinggi sangat harapan

hasilnya macam mana nnt tak kesah la
dah usaha sehabis mungkin

bukan tak kesah tak kesah tu
tak kesah tak kesah ni

kadang-kadang kita tak tau apa nak buat
teduduk tediam
bumi rasa goyang-goyang
kosong sat otak 5 minit

masa teduduk terdiam
ada datang ilham
baiklah saya usaha cara ni

berhasil ka?
berbaloi ka?

x pa la,saya usaha

Monday, October 10, 2011

kita dan hutang

sapa-sapa yang ambik ptptn
habeh study ja ada hutang
huhuhu
hutang saya tinggai 26k lagi
adoi

al kesah telepon rumah kat sp rosak
jadi hujung minggu hari tu
saya p tm point kata moden
pejabat talikom,kat orang tua2

ada kesah menarik yang berlaku

saya beratur kat kaunter pertanyaan
nak tanya kat mana nak tukaq tepon
depan saya uncle chinese
depan uncle tu brader melayu sorang

bradder melayu ni mintak kak kaunter ni check bill dia
"eh encik,ni bill lama ni encik?"
"ha tu la saya,tolong check tengok saya bayaq dak lagi"
"dah settle semua bill ni encik"
"ooo ya ka"

dalam hati saya mungkin bill 2 3 bulan lepas kot
dia tak perasaan
tiba-tiba si akak kaunter tu tanya
"mana encik dapat bill ni,lama ni tahun 2001"
tu dia.....
bill 2001 dia suruh mintak tolong check,huhuhu

ada dua pendapat popular dalam kes ni

pendapat pertama
orang akan gelak
pikir,betul ka mamat ni
bill 2001 dah 10 tahun

pendapat saya,pendapat kedua
kagum
saya sangat kagum dengan hamba Allah ni
dia takut dengan hutang dia
walaupun dah 10 tahun

kita dan hutang
hutang memang keliling pingang
nak hidup

tapi paling saya pantang
orang mintak hutang denagn kita
kita bagi la
tapi dia mintak hutang tu untuk kesenagan dia
bukan kecemasan pun
dan kemudian
amat liat lah nak bayar
kita ni pulak yang heran

kalau boleh elakan hutang
kecuali benda yang betul2 perlu
kalau nak berhutang
mesti lah ada keupayaan nak bayaq
kalau dak nnt,kita susah,orang yang kita berutang pun susah

bai-bai hutang

Friday, October 7, 2011

saya dan cikgu

saya dan cikgu sekolah rendah
sangat rapat

cikgu macam kawan
jumpa mana-mana pun bule tegur sapa macam kawan

Arwah Cikgu Awang
cikgu ni ajar bola
huhu
memang kerja dia ajar bola ja
dan dia boleh cam budak sekolah brahim
satu hari saya p gunting rambut,kedai pak ngah
kebetulan arwah ada situ
"cikgu" saya tegur
"ha,hang main bola dak lagi"
hahahaha,saya senyum
padahal saya tak main sangat pun sukan bola ni,kaki bangku lipat
tapi saya jawap jugak la
"dak dah cikgu" sambel krenyeh

Ustaz Ramli
haaa,ni antara cikgu yang anti saya
tak tau la pasai pa
mengkala zulhafiz ka,cukup tak suka
ada 2 insiden yang nampak sangat dia tak suka saya

insiden satu
sekolah buat pameran
persatuan agama join
ada poster-poster tulis jawi
alkesah nya kena la ada 3 4 orang dok situ yang reti jawi
kot2 ada cina ka india ka yang tanya tulisan jawi tu
kawan-kawan saya yang dok jaga tu pun
tiba-tiba tak cukup orang
jadi ustaz ramli suruh cari orang yang buleh baca jawi
kawan-kawan rekemen saya
hahahaha
ustaz ramli dengar zulhafiz,teruih x mau
pelik la saya,awat la dia anti sangat

inseden dua
yang ni memang soheh2 nampak sangat
saya masuk pemilihan kuiz agama

yang handle ni ustazah norshiah
ustazah norshiah ni kontra dgn ustaz ramli
ustazah norshiah ni baik dengan saya
jadi ustazah pun buat la pemilahan
bagi soalan tu,soalan ni
antara masuk pemilihan tu saya amir hazrul zaki kalau tak silap denagn avi
nak pakai dalam 3 orang kot
jadi sorang akan tak terpilih

al kisah saya antara terpilih
nak jadi cerita,avi si kawan saya ni tak puas hati,siap nangis2
saya rasa,mungkin ada campur tangan ustaz ramli kot
ada second pemilihan pulak

nak jadi cerita jugak
avi sekali lagi tak dapat
jadi ustazah bagi la buku-buku yang patut di baca
saya ambik la buku tu nak aca untuk pertandingan nnt

esoknya,ustazah jumpa kat saya
"zulhafiz,ustazah mintak maaf la,ustaz ramli kata kuiz tu nak dekat dah,dia kata bagi kat avi masuk,sebab dia dok besa dah tahun lepas"
saya pon dengan baik lemah lembut,habaq la kat ustazah
"ya2 x pa ustazah,saya paham" sebab saya hormat ustazah
buku nak baca tu,saya bawak kemana2,nak baca untuk kuiz nnt
masa ustazah bagi tau pun,buku tu saya pegang,saya pulang la kat ustazah

sampai hati ustaz ramli,kecik sangat2 hati saya
nampak sangat dia berat sebelah
saya yang terpilih dua kali
boleh dia guna kuasa veto singkir saya

cikgu yusop
huhu sempoi
masa habeh UPSR,selalu ikut cikgu ni jalan-jalan
nampak ja dia stat kreta
"cikgu nak p mana?,nak ikut?"
hahaha,senang-senang mcm tu ja nak keluar sekolah
ikut cikgu
sempoi memang sempoi
tapi rock
ada sekali kami kena tinggai dengan cikgu yusop
dia bawak p pameran kat sekolah khir johari
sebab p dengan dia
jadi balik pun kami tunggu dia la
tunggu punya tunggu
tak mai-mai pun
last-last jumpa cikgu mat rahman
"hampa mai dengan sapa?"
"mai dengan cikgu yusop,kami dok tunggu dia tak mai2 pun"
"cikgu yusop balik dah aih,"
hahahaha selamba ja tinggai kami
cikgu mat yang bawak balik
belanja roti canai sebelum balik
cerita anak dia balik US gaji 2500,tu 18 tahun dulu,huhu

cikgu zubir dan cikgu nordin
ni satu lagi cikgu yang baik dengan saya
cikgu pengakap
cikgu zubir,cikgu yusop,cikgu nordin,
selalunya yang baik dgn saya ni cikgu pengakap ja
huhu
kami buleh besembang macam kawan
sampai tau cikgu zubir ni dulu nak kawen dgn sapa
hihi
cikgu nordin ni kalau panjang umuq jumpa saya nak tegur suruh berenti rokok
dulu-dulu masa darjah 5 saya la kuli ambik rokok dalam kreta dia
dia siap kata "tahun depan aku nak berenti rokok"
seingat saya,jumpa dia hari tu dok isap rokok lagi

sekolah renadah saya Sekolah Rendah Ibrahim
sekolah laki semua
jadi kasaq la
kami dengan cikgu setakat kena tumbuk,penampar,rotan,kena cabul hahahaha
perkara besa semua tu

tiup rekorder
rekorder main masa kelas muzik tu
huhu
bulan posa
ketua kelas kata tiup rekorder batal posa
jadi jangan p
nnt kita batal posa
hahahaha,ketua kelas tu
kecik-kecik dah pandai memberontak
last2 cikgu mat rahman mai
sorang-sorang kena tibai

kena hentak kepala
saya la
kena hentak kepala kat papan hitam
masa darjah 3
cikgu tu ada darah tinggi ingat saya
mungkin ada masalah lain sama kot
ada ka budak darjah 3 p hentam kepala kat paapan hitam
naseb baik "kepala saya batu atas juga ada"
cerita nya kelas tu bahagi tempat duduk ikut kumpulan
kumpulan ni pulak letak sapa yang pandai matematik
saya kumpulan ke dua kot
cikgu tulis soalan kat depan
ha p buat setiap kumpulan
sampai turn saya kira lambat
"ada jugak kumpulan ni kira lambat...." cikgu kata
pegang rambut saya,hentuk kepala kat papan hitam
banyak kali jugak kot
huhu
sebenarnya saya tak rasa apa pun
cuma yang saya taunya bila dengar kawan saya cerita
"kami masa hang kena hentuk tu,kami ketaq lutut gila"
pikir2 balik ya kot,kena henatk kepala kat papan hitam tu

bukit bendera
hihihi syiok trip sekolah rendah ni
trip len tak bes
p rombongan pengakap
syiok....
tidoq kat rumah banglo atas bukit bendera
ada dua rumah banglo,satu woodsite,satu hill site
woodsite besaq,dua tingkat
hill side comey ja,atas bukit sikit,view cantek...
asalnya hill side tu untuk cikgu ja
tapi woodsite dah penuh
kami habaq kat cikgu yusop
"tak pa,mai tidoq dengan cikgu kat ataih"
hahaha
cikgu yusop memang baik
sekali cikgu ghani garang cengge tanya
"hampa nak p mana ni?"
"kami nak p tidoq rumah ataih"
"haih,rumah tas tu unutk cikgu saja"
dalam hati kata "awat pulak,semua bayaq,bukan cikgu bayaq lebih pun"
p la kami mengadu kat cikgu yusop
huhu,sebab cikgu yusop lagi senior dari cikgu ghani
jadi terpaksa la cikgu ghani mengalah
hahahaha padan muka
hill side mmg best
view lawa
pagi2 buleh nampak orang tutup lampu dari dua arah
dari pulau dan dari seberang,
betembung di tengah2 jambatan


sekolah rendah dulu memang gila-gila
siap boleh mandi ramai2 kat depan sekolah dengan air paip
terjun tingkat dua sekolah
kena rotan 40 kali satu-satu masa
main dalam surau sebab nak ponteng kelas koko cikgu siti hajar,hihi
skodeng cikgu pompuan muda-muda,hahahaha bukan saya la
ponteng kelas muzik sebab kata tiup rekorder batal posa

walaupun kena tumbuk,kena rotan,kena sepak,kena cabul,hahahaha
kami dak pulak benci cikgu
cikgu bagi kami tu kawan kami
kami sayang pulak tu cikgu

rasanya tu la beza cikgu dulu dengan sekarang
cikgu dulu mengajar sungguh2
ikhlas hati
gaji pun kecik
sebab tu kami dapat rasa ikhlas cikgu-cikgu kami
sebab kami ada pertalian yang rapat dengan cikgu
cikgu mengajar kami
dan cikgu sayang kami
jadi patut la kami tak kesah kena penumbuk cikgu

saya rindu kat cikgu-cikgu saya
apa la kabar semuanya
terima kaseh cikgu.............

badminton dan wushu

badminton dan wushu

ada satu persamaan
lembut.....

bagi saya
badminton bukan satu permainan yang perlukan otot sangat

badminton perlukan teknik
main badminton lembut macam perempuan bergerak

tak perlu kerah keringat sangat
gunakan teknik betul
dan bola akan p laju-laju
huhu

main apa-apa pun teknik tu penting
kalau tak cepat penat dan kadang-kadang bule injured

hasil

lembaga hasil dalam negeri
kutip cukai
kawan saya yang kerja sini kaya2.....

hasil
dahulu sebelum hasil ialah usaha

ada usaha yang dapat hasil
ada usaha yang tak dapat hasil
ada usaha yang dapat jugak hasil,tapi sikit sangat,tak berbaloi

masa usaha
masa kita usaha,kita pun tak tentu dapat hasil ka dak
tapi kita usaha jugak la sungguh2,untung2 berhasil

dalam usaha ada harapan
tinggi harapan kalau dapat hasil seronok
tinggi harapan kalau tak dapat hasil kecewa sangat2

usaha harap dan hasil
kalau berusaha dan mengharapkan hasil
hasil yang macam mana kita takrifkan hasil?
kalau yang tak berhasil tu bagi kita hasil,kita seronok kan?
hahahaha tebalik qot

bagi saya
hasil tu bukanya apa yang kita harap
hasil tu sebenarnya setakat mana rezeki kita yang tertulis
usaha tetap kena usaha,tapi harap jgn lebeh2

Thursday, October 6, 2011

Tidak bercakap benar

Tipu

Apa itu takrif tipu
Bagi saya
Tipu tu cakap pernyataan A tapi perbuatan B
Ataupun cakap pernyataan A dan perbuatan A tapi tak lama lepas tu perbuatan B
Tipu berkait rapat dengan perbuatan
Pernyataan /= Perbuatan

Antara pembulehubah utama tipu adalah masa
Tipu=perbuatan*masa
Mungkin hari ni kita maseh lagi tak termasuk kategori tipu
Sebab kita pernyataan dan perbuatan kita maseh sama
Tapi mungkin semakin masa berlalu,pada satu masa yang sampai masanya, perbuatan kita sudah tak sama dengan pernyataan kita yang asal
Maka jadi lah itu namanya tipu

Jalan selamat untuk tidak termasuk dalam kategori tipu adalah
Menghilangkan satu pembuleh ubah
Iaitu pernyataan
Pernnyataan /= Perbuatan
Kita buang pernyataan
Jadi tinggal Perbuatan
Tak perlu cakapa banyak
Cuma beri komitmen dengan perbuatan
Selamat sebab kita tak terikat dengan pembuleh ubah pernyataan

Kita tak kata apa-apa,tak janji apa-apa
Yang ada cuma perbuatan
Sedar atau dak kita menipu
Kata-kata dan pernyataan kita adalah tangungjawap kita
Pegang betul-betul apa yang kita kata
Sebab itu kita perlu berfikir sebelum berkata
Jangan ikut perasaan keluarkan kata-kata ikut perasaan

Ada orang pentingkan pernyataan
Ada orang pentingkan perbuatan
Kalau tak cakap pun dia tak kesah,tapi dia menilai dari perbuatan
Sebab tu kadang-kadang dia pening,perbuatannya lain,kata-kata dan pernnyaatanya lain
Bila di tanya sebab apa buat begitu kepada si fulan,si fulan jawap “kan saya dah cakap……”
Si fulan berpegang pada kata-kata dan pernyataannya,tak kira lah perbuatannya tak sama dengan pernyataan
Si fenin menilai dari perbuatan

Tipu
Tipu sebetul-betulnya ada dua pembuleh ubah penting yang tersembunyi
Berharap dan percaya
Seseorang itu tak kesah dia kena tipu kalau dia tak berharap dan percaya
Tapi kalau dia harap dan percaya kepada pernyataan terdahulu yang di keluarkan dari mulut seseorang
Dia akan sangat kecewa kalau dia kena tipu

menan

maianan=menan

kecik2 dulu selalu beli menan
menan askar la
patung askar

paling best bila anak-anak menakan balik
bukak kotak menan lama-lama
nampak menan,ingat nostalgia kecik2

dalam banyak-banyak menan
ada dua menan yang hilang

satu
bot menan
pakai moto kecik tu
tapi x dak controler
besa la murah
unutk main dalam besen ja
saya p letak kat air laut pantai
menderu laju bot tu p
hilang sayup2

dua
patung G I Joe
yang ingat askar tu bawak mesingan
hilang masa hantar orang p haji kat kepala batas alor star

antara satu dan dua
dua lagi istimewa
sampai terbawak dalam mimpi
saya mimpi saya pegang dah patung tu
jaga
tapi tengok dalam gengaman tangan x dak apa2
aduh kecewanya

sebelum dari hilang ialah ada
selepas dari hilang kalau naseb baik jumpa
sebelum dari ada apa?

sebelum dari ada ialah angan-angan untuk memiliki

"u better wish u die early"

tu la ungkapan yang saya dengar
ceritanya perbincangan kat astro awani
pasal bajet nak datang ni
dia cerita berapa patutnya pendapatan isi rumah yang patut di KL
katanya 8000
"kalau kurang dari tu macam mana?" tanya si pengerusi majlis
yang si ahli panel cakap
"u better wish u die early"

tekejut saya dengar

mati
adalah selangkah ke alam akhirat
kat sana nnt la kekal abadi
tapi,jangan la kerana ada masalah kita mengharap kita mati awal

saya pernah
saya pernah bangun pagi2
terus terlintas dalam hati ni
"buat apa lagi la aku hidup"

dulu
itu dulu
tapi bila fikir secara matang
iyalah,masa tu masalah bertimpa2
kadang2 saya tengah buat kerja pun keluar ayer mata

"ada jugak orang sayang aku"
hihi
masa ada orang sayang
rasa hati ada isi
nak rasa hidup lama2,nak rasa nikmat kaseh sayang

tak semua kita dapat
selalunya saya tak dapat
betul ka?
sudah banyak sangat nikmat yang kita dapat
cuma kita tak rasa besyukur
sebab terlalu banyak

cinta
saya bukan la seorang yang romantik
tak reti cintan cintun
saya beri komitmen seadanya yang saya mampu
tak reti cakap "saya sayang.... awak sangat"
saya menunjuk sayang,semampunya saya

saya takut mengucap sayang
bagi saya kata-kata tu tak buleh di tarik balik
akan kekal kata2 tu

saya mengucap sayang pada isteri saya insyallah

saya sentiasa ingat kata-kata orang yang sayang saya

tergiang-ngiang d telinga capang ni

saya pegang sungguh-sungguh kata tu

tak semua kita dapat
tak mudah hidup ni
kecewa teman setia

apa-apa pun
syukur dengan apa yang ada
besabar menghadapi dugaan

walaupun betimpa-timpa datang dugaan
saya tak "wish saya die early"
sudah terbiasa dengan dugaan itu ini
setiap kali datang dugaan,dalam kepala otak dok tunggu,apa lagi lepas ni

kepada makhluk-makhluk tuhan
jangan la mengutuk-ngutuk saya
saya pun ada perasaan

terima kaseh kawan-kawan

Tuesday, October 4, 2011

sangka buruk

orang kata jangan sangka buruk
untung pun tak
baik lagi sangka baik

sabtu lepas sebelum masuk kerja ada satu peristiwa

al kisah di taman kuchai kulim kedah
pagi2 ramai makcik2 pakcik2 sini joging
pagi sabtu tu nampak pakcik sorang ni
dulu nampak dok pakai ketayap ja
la ni dok joging nampak pakai baju fit
dalam hati,eih,pakcik ni rock jugak
lalu lepas balik beli nasi goreng tak tengur pun dia

nak jadi cerita
lepas makan nak potong rumput sikit
tarik punya tarik mesin rumput
tak hidup2
kroseh tu,kroseh ni
tak hidup jugak

jeng2
tiba-tiba
pakcik yang tadi sy dok kutuk dalam hati mai
"ai,tak hidup ka?,mai nak tengok"

haaaa,padan muka
orang yang kita dok kutuk dalam hati tu la yang mai tolong kita

Monday, October 3, 2011

ekseden,risau dan brader hospital baik

saya dah balik tebiat dulu2
susah hati saya akan menulis
tapi sebab kat web saya menaip

rasanya kalau menulis lagi ada feeling
tangan bergerak2
nampak tulisan
buleh bau dakwat
buleh pegang tulisan tu

eksiden
dulu kawan saya eksiden
saya tak tau pun
yang saya ingat katanya nak pegi kenduri kat melaka
senyap ja ni,sy pun sms tanya kat mana,call pun tak angkat

risau
apa jadi ni,
bukak fecbuk,tengok kawan dia ada post komen cakap ekseden
bederau darah
paling tak tahan tengok ayat "trauma"
terbayang dok unit trauma kat hospital,
ya ALLAH,apa nak buat ni,kat sapa nak ngadu
kebetulan mak ada kat dapur
p kat mak,becucur dah ayer mata
"mak,farahana ekseden,trauma katanya"
dalam hati dah ingat nak drive malam tu jugak p
tapi kat mana?
hospital di melaka ka johor
entah2 bawak balik kelantan
sebab dalam otak terbayang teruk keadaan

brader hospital baik
terpikir,rasanya kalau ekseden mesti masuk unit kecemasan
cari segala nombor telefon hospital johor,peliknya masa tu tak teringat pulak hospital melaka
telefon situ telefon sini
tanya ada tak nama sekian2 masuk unit kecemasan
eksedenya petang tadi
semua jawab tak,sudah.....
mana ni
dalam banyak2 hospital ada satu brader hospital mana tah tak ingat
baik yang amat
"abang,saya cari nama ni tak jumpa pun,tak pa,abang bagi no telefon nnt saya call balik"
owh terharunya,2 minit lepas tu dia telefon
"memang tak dak la bang,saya check dua kali dah"

lega
lega bila tanya kawan kepada kawan
katanya x dak apa2,cuma trauma
bukan trauma cedera parah,trauma macam blur
malam tu dapat telefon tanya kabar
alhamdulillah tak apa-apa

tak sangka
bila dah terlampau ambik berat
kita sanggup buat macam-macam
siap nak drive malam tu p tengok
becucur ayer mata
telefon semua hospital

betul-betul tak sangka,tapi salah sangka
tak dak nilai

beza dari biasa

beza dari biasa
selalunya saya kena tanya
"sayang saya tak?"

dalam hati
berapa kali nak jawab da....
"ya2,sayang....."

"terima kaseh... hihihi"
gelak pulak....

semalam saya yang tanya
"sekarang dah tak sayang saya?"

"ya"
saya tak gelak
dalam hati patut la lain macam

persamaan bagi kedua-dua soalan di atas adalah
kedua-duanya memberi jawapan yang positif relatif kepada soalan
cuma,kesan soalan itu adalah
soalan yang pertama membuatkan si penanya soalan suka sangat2
soalan yang kedua membuatkan si penanya hancur luluh hatinya

zas.... ada lintasan masa tulis blog nampak baris dan ayat ini pernah berulang

saya tak buleh tidoq
pikir dan pikir
tak apa lah
saya akan tetap menegur itu ini,walaupun saya tau orang tak suka kot
saya dah terbiasa

betimpa-timpa kalau datang masalah
sabar......