Monday, April 4, 2011

Esok untuk siapa

Esok hari selasa
Bos nak mai kulim

setelah balik rehat,tidur dan solat semasa rehat tgh hari
balik opis tgk ada im dari bos

ayatnya sambey buat muka senyum
jgn lupa esok datang opis

datang la bos oi
saya nak menjangkitkan sakit mata ni kat bos

esok unutk siapa

sebuah filem lewat 70 an kalau x silap
pelakon utama jins shamsudin,norkumalasari

filem ni mengisahkan cinta,sumpahan,pengorbanan,kaseh sayang,curang,jodoh,kebahgian dalam rumah tangga,janji,beza antara ibu dan isteri dan seksa

jins shamsudin
dalam cerita ni jins shamsudin sebagai jiman
anak angkat kepada datuk apa tah x ingat
datuk ni ada perusahaan batik
jiman ni antara orang kuat syarikat datuk ni

norkumalasari
sebagai milah dalam cerita ni
seoran anak dara muda cantik jelita
juga bekerja dengan datuk ayah angkat jiman

cinta
milah bercinta dengan seorag pemuda kampung
berjanji setia,muda remaja

sumpahan
jiman bersumpah di hadapan kubur isteri dan anak
isteri dan anak jiman meninggal dalam kebakaran
jiman bersumpah x akan kawen lagi

pengorbanan
datuk ingin menjodohkan milah dgn ehsan anaknya
anaknya menolak x mau kawen dgn gadis kampung katanya
siapa yang bekorban
jiman dan milah
jiman mengorbankan sumpahan x akan kawen lagi,jiman gantikan ehsan kawen dgn milah
milah korbankan cintanya dgn pemuda kampung kerana menurut kata orang tua

kaseh sayang
kaseh sayang isteri terhadap suami
di hari persandingan jiman dan milah
milah pernah cakap dekat buah hatinya
tolong la jgn datang bila dia kawen
mungkin sebab cinta itu maseh menebal
tapi
si pemuda kampung datang jugak
ketika nak menepung tawar
milah pengsan bila tengok buah hatinnya datang

kaseh sayang
jiman dukung milah masuk ke kereta nak bawak balik ke rumah
dalam perjalanan kemalangan,balak dari lori jatuh menimpa kereta
ayah ibu milah meninggal
milah cedera ringan
jiman cedera berat
kepalanya parah
menagkibatkan kecederaan otak

kaseh sayang
jiman lumpuh
dari pingang kebawah
otak pulak cedera
milah isteri jiman tetap sayang jiman
jaga jiman
tapi jiman terasa hati
x dapat tunaikan tangungjawab sebagai suami

curang
ehsan curang terhadap buah hatinya
rasanya masa ni ehsan dah kawen dgn buah hati
tapi di rahsiakan dari mak ayah
kena tangkap basah
part menarik sebelum tangkap basah
sambil peluk2 dalam selimut
dialog lebeh kurang mcm ni la
"kenapa x nak kawen?"
"i bukan x nak kawen,i takut i x boleh handle u bila kawen"
"u kerjakan i sampai dah pecah gearbox i,u cakap u x buleh handle i"
boom pintu kena pecah,kena tangkap khalwat
balik kampung tengok abang jiman sakit
ternampak milah
lawa la pulak
ngorat milah
bertepuk sebelah tangan x bunyi
milah keluar dgn ehsan
walaupun bukan dengan penuh kaseh sayang
tapi milah mengundang fitnah orang ramai
isteri orang keluar berdua dgn orang lain
bergelak tawa
ehsan ajak milah kawen
milah marah,dulu x nak sekarang nak

pengorbanan
jiman dah banyak dengar pasal milah dgn ehsan
jiman banyak kecik ati,tapi di pendam
ehsan datang jumpa jiman
mintak jiman lepaskan milah,demi kebahgian milah
iyalah,jiman lumpuh,cacat
x mungkin milah dapat seperti isteri lain dapat dari suami sebegitu
jiman bekorban lagi
demi kebahgian milah
jiman lepaskan milah untuk bolehkan milah kawen dengan ehsan

jodoh
walaupun asalnya jodoh dengan ehsan x dak
tapi akhirnya kawen jugak milah dengan ehsan
walaupun jodoh asal dengan jiman
tapi x kekal lama

janji
ehsan janji unutk jaga milah elok2
rupanya di kehendaki milah hanya kerana rupa
di buatnya milah macam orang gaji

kebahgian dalam rumah tangga
yang mana satu bahgia
bersuamikan suami cacat atau suami sempurna
kesian milah
kesian jiman
milah hantar surat kat jiman
cakap dia bahgia
tapi hanya tuhan yang tahu
kesian jiman
jiman macam gembira dengar milah bahgia
tapi terbit ayer mata
gambar milah sentiasa jiman simpan
jiman macam gila di sebabkan kecederaan otaknya
tapi dia masih buleh ingat cintanya terhadap bekas isterinya

beza ibu dan isteri
kaseh ibu x dapat di tandingi seorang isteri
isteri buleh jadi x kekal selamanya
buleh saja jadi perceraian
ibu dan anak sentiasa kekal pertalian
x ada sebab buleh meisahkan pertalian itu
ibu jiman tua
jaga jiman yang separuh gila dengan kaseh sayang

seksa
akhirnya ehsan meninggal dengan isteri pertama
mabuk akibat parti,lemas dalam tab mandi
milah jadi janda
milah balik kampung berjanji nak jaga jiman
dalam perjalanan ke rumah jiman
jumpak kawan lama
dah mengandung,seronoknya
tengok2 rupanya buah hati lama milah yang jadi suaminya
milah malu
terus pergi rumah jiman
milah jumpa mak jiman
mintak nak jumpa jiman
milah cerita dia dah jadi janda,ehsan dah meninggal
menagis mak jiman dengar
mak jiman bukak pintu bilik bawah
jiman dok situ sebab dah x waras
menunduk masuk mak jiman dengan milah
"jiman tengok sapa yang datang ni nak"
jiman marah2 "pergi2"
milah sambel nagis2 nak jaga bang jiman katanya
jiman tetap marah2
tapi dalam gengaman tangan jiman ada gambar milah

seksa
siapa sebenarnya terseksa,jiman atau milah
jiman nampak lebeh teseksa
tapi milah jugak terseksa
kawen untuk bahgia tapi terseksa
part yang terkabur-kabur
mak jiman x sanggup tengok jiman terseksa
mak jiman doa dekat tuhan
ambik la nyawa anak dia ni
dah x sangup tengok jiman terseksa
kabur-kabur nampak macam mak jiman ambik bantal tekup muka jiman
filem ni berakhir di situ

cinta,
cinta x semestinya berakhir dengan perkahwinan
berpada-pada la bila bercinta
berikan cinta kepada suami sepenuhnya nnt

sumpahan,
jangan la senang-senang bersumpah
x perlu anda bersumpah unutk menujukan anda setia atau x bersalah
cukup dengan perbuatan janji setia

pengorbanan,
perlu atau tidak bekorban walaupun kita yang akhirya x bahagia
kita sendiri kena buat keputusan
orang lain buleh bagi pandangan,tapi kita yang bertangungjawap terhadap keputusan kita

kaseh sayang,
kaseh sayang ibu kekal selamanya
tiada tolok banding

curang,
curang kadang-kadang x siapa yang tahu
hanya orang yang curang saja pandai menyimpan rahsia dia curang
tapi jangan la curang
kelak nnt anda menyeksa orang yang menyintai anda

jodoh,
buleh memilih jodoh atau mangikut kata orang tua
betul pilihan orang tua berkat
tapi kita sendiri buleh menilai mana elok mana buruk
buleh saja berbincang jika sudah ada pilihan hati yang elok
ibu bapa yang baik akan fikir dengan mendalam sebelum menjodohkan anaknya

kebahgian dalam rumah tangga,
terlalu subjektif
mungkin di awal perkahwinan x bahgia
tapi di akhirnya bahgia
sabar dan setia dalam perhubungan suamai isteri
anda telah berjanji setia

janji,
nilaikan janji
x semua janji di kota
selalunya manusia yang berjanji macam-macam adalah seorang yang pembohong

beza antara ibu dan isteri,
syurga di bawah tapak kaki ibu
jangan lah durhaka terhadap ibu
kaseh sayang ibu sampai ke syurga insyallah

seksa
bersabar lah menghadapi segala dugaan
perit pahit redha dengan ketentuan tuhan
semoga Allah memberkati kamu

~sekian~

2 comments:

  1. Iya ke macam tu, rasanya lain laa sbb ann... Ihsan tak pernah benci Milah.. Intan pun tak pernah marahkan Milah selepas dia tahu cerita sbenar drpd mulut Milah "Kira nasibnya sama"

    Yang bagi tau dijadikan dera tu, gosip drpd 2 orng p'kerja batik Jiman.... Dh nma gosip so bnda tak btui.

    Rasanya tu je info yg t'silap phm...
    Btw good job as you do this synopsis...

    ReplyDelete
  2. ooo mai x perasan ada orang komen
    makaseh komento

    ReplyDelete