Monday, July 9, 2012

sorak gelak tepuk

besorak,gelak dan tepuk tangan

pernyataan tanpa fakta yang saheh adalah fitnah
pernyataan tanpa fakta yang saheh pulak digunakan untuk membenci satu pihak
lebih teruk lagi,satu pihak tu beragama islam
benci dia tuan tuan,dia zalim dia kejam
zalim dan kejam tanpa ada bukti kukuh

penonton bertepuk tangan,gelak,mengejek ejek

tuan tuan dan puan puan

berhati hati lah kita bila bercakap
kita mengucapkan perkara tanpa fakta yang mengakibatkan orang membenci orang yang kita tuduh
dan perkara itu berterusan,sampai kita masuk liang kubur,nauzubillah....

orang pegang kata kata kita,yang kita ucapkan,menyebarkan pula pada orang lain,orang lain pula menyebarkan pada orang lain,menyebarkan pula pada orang lain......

fitnah yang kita ucapkan berterusan,beterusan,berterusan,berterusan,berterusan

banyak sungguh pahala kita

perlunya kita berilmu
kerana kita perlu menilai fakta
mencari kesahehan fakta
mengira tambah tolak pengiraan angka

orang yang tidak berilmu dan tidak berfikir
menerima khabar sebulat bulatnya,percaya,sebar,hebah

saudara dan saya adalah saudara seislam
orang mukmin itu adalah cermin kepada mukmin yang lain
http://terra-incognita-simenfero.blogspot.com/2011/08/cermin-saya-dan-kamu.html
malunya.......

ringkas kata kalau tak pandai
lebeh baik diam

walaupun tak cakap
walaupun x dengar suara
diam tu sangat2 baik dari mengulas benda yang kita tidak tahu

No comments:

Post a Comment