Thursday, March 31, 2011

Khamis

saya lahir hari khamis
pagi khamis 7 jamadilawal 1401

hari khamis disunat kan posa
dah lama x posa
minggu-minggu lepas badan x sihat
tekak kering
hari ni buleh stat balik posa

posa
apa itu posa
menahan lapar dan nafsu
disiplin

x sapa pon tau anda betul-betul posa melainkan anda dan tuhan
bule saja anda teguk air senyap-senyap
bila orang tanya,anda cakap posa

posa zaman kanak-kanak
x dak masalah kot
sebab saya kurus
teringat arwah tok wan din
selalu 1 syawal pagi-pagi mesti arwah datang rumah dulu

"adik posa penuh dak", "dia posa penuh..." "orang kuruih x pa senang posa"

menarik
tok wan din ni penyokong tegar pas
tapi dia bule pulak becampur dgn orang-orang bukan pas
baik pulak tu
teringat bila dia berdebat pasal mat sabu kena tangkap khalwat
tersenyum saya dengar kat dapur,macam lawak la pulak

yang sengkatan dengan tok wan din ni pakcik fadhil
penyokong pas tegar tapi baik,
rapit dengan family saya
siap ada sekali tu orang telefon bila dia mai ziarah rumah
dia siap bule cakap mcm ni "aku kat rumah adek beradek aku sat"
oih,tengok tu,orang islam bersaudara

islam bukanlah hak milik sesiapa
walaupun nama anda parti islam
x semestinya hukum perbuatan anda selari betul dengan ajaran agama islam
parti buleh buat silap dan kadang-kdang mungkin juga sesat
jangan terlalu fanatik,
fikir dan nilaikan elok-elok setiap perbuatan dan perkataan pimpinan parti
jangan ikut sahaja

islam
malaysia negara islam
ada orang kata malaysia negara sekular
menariknya minggu lepas masa drive p bangi,dengar radio ikm
panelist tu cakap
dalam perlembagaan x tulis sepatah habuk pun perkataan sekular
eh terdetik,betui jugak
yang ada cuma islam sebagai agama rasmi
dah agama rasmi islam,jadi negara islam la
jangan karpal singh saman aaaaa,malaysia negara islam fullstop

lagi 4 bulan kita nak posa
di agakan akan posa 1 ogos

seronok betul bulan posa
buleh solat taraweh jemaah
beli juadah kat pasar ramadan

bulan posa saya rasa udara pun lain macam
orang x senyum pun saya nampak macam senyum
hahaha,istimewa sungguh

harap-harapnya di panjang kan umur dapat berposa tahun ni
mintak maaf salah silap kawan-kawan kalau umur x panjang x sempat minta maaf
jangan takut kawan-kawan x dak dosa dengan saya
salah silap hutang semua halal

No comments:

Post a Comment